Friday, March 30, 2007

Hari Jumaat.

Syukur Alhamdullillah.
Entry ni Mas buat kat office.. Baru sj lepas amik lunch kat atas kantin td. Hari ni tak bawa hp. Tergelak juga bila Mas buka drawer meja, lupa bawa hp rupanya. Sebab dah mmg Mas biasa letak hp dalam drawer je. Terjenguk2 kat hp kalau ada call or message (motif) hehehe…tp ari ni, memang janggal sebab tak bawa. Pelupa betul. Padahal, pagi td masa nak bersiap nak pergi kerja, sempat Mas tersepak (pelan sj) hp tu kat lantai. Herm….kan dah susah. Almaklumla, ada org tengah sibuk bercinta….(matila statement).

2, 3 ari ni Mas tension betul. PMS bukan penyebab. Tapi perkara2 yg buat mas meluat sangat telah berlaku. Tapi skrg ni Mas tak bleh entry kan. Tunggula ada masa yang sesuai. Lagipun esok cuti, tu yang tgh amik mood yg happy ni….heheheh..esok dah senang baru nak buat entry yang lengkap.

Terdapat satu perkara yang buat mas happy. Mas dah berbaik semula dengan kawan baik Mas. Mas tak kisah la org lain nak ckp Mas jilat balik ludah Mas. Jangan samakan persahabatan Mas dengan ludah…. Mungkin sejumlah masa yang lama sebelum ni telah mengajar diri Mas supaya lebih berhati2 dengan semua orang. Bukan mudah mahu mencipta hubungan yang lama seperti sebelum ni. Mas akur kekurangan diri.

Esok, insyaAllah, E,G (kawan Mas yang mas singkirkan dari hidup Mas dalam sejumlah waktu) akan datang ke rumah Mas. Dulu, memang Mas tak nafikan memang Mas marah sangat dengan dia. Kekurangan yang ada pada diri dia buat Mas sangat marah. Walaupun sebenarnya perkara ni disemarakkan oleh orang lain. Kalau pun dia marah dengan Mas, marahlah. Yang pasti, apa yang Mas buat tu semuanya datang dari Mas sendiri. Mas tak mau tgk kawan Mas tu hanyut dalam dunia dia. Biarpun Mas terasa hati dengan dia, tp dulu Mas dah janji dengan diri Mas, jangan jauhi RAKAN2 TERBAIK MAS yang bermasalah. Mas sendiri byk kekurangan…

Tadi Mas off sekejap. Mas join budak opis kat pintu lobi untuk say GOODBYE dengan Mr. Kato. Kato-san bekas salah sorang manager dalam sales and marketing department kat kilang ni. Boleh dikatakan beliau menjadi antara favourite Japanese staff kat kilang. Dan Mas rasa best dpt kenal dengan Kato-san. Gila-gila dan tak sombong. Mas satu department dengan beliau. Hari ini beliau akan berangkat balik Jepun. Semoga beliau terus sukses dalam hidup. InsyaAllah….. sesungguhnya perpisahan tu satu hakikat.

Ofis semakin sejuk. Mas nak pergi ‘berjalan2’ kat alam fantasi…ahhahaha..tido….

Monday, March 26, 2007

Selamat Menyambut 200 Tahun Pasukan Polis


Hari ni ari Isnin. Dan semalam adalah hari Ahad merupakan sambutan hari polis peringkat kebangsaan yang ke 200 tahun. Mas terkenang bapa di kampung. Mas dulu adalah anak kepada seorang anggota polis yang berpusat di Sandakan, Sabah. Mas pernah merasa tinggal selama 17 tahun di dalam berek, kompleks ibu Pejabat Bahagian Sandakan. Mas merindui zaman itu kerana masa itu terasa sangat tinggi kadar disiplin di kalangan anak polis. Selepas 17 tahun, beberapa tahun sebelum bapa Mas pencen, kami sekeluarga berpindah dari kawasan tersebut. Bermula di situ, Mas sudah merasa tidak selamat. Maklumla,. Sudah terbiasa hidup dalam lingkungan cam tu..

Berbalik kepada tajuk asal… setiap kali sambutan hari polis diadakan, mas berbangga sebab mempunyai seorang bapa yang bekerja dalam bidang ini. Perwira negara…..bapa mas tidak mempunyai pelajaran tinggi. Tetapi, beliau berpeluang menjadi satria negara. Entah…dulu, semasa kecik2, mas pernah bercita-cita hendak menjadi seorang anggota polis…heheheh…..pengaruh sekitar katakan tapi nampaknya cita2 tu dah berkubur. Sebab mas gemuk…hahahahha….

Tetapi sebenarnya, keluarga mas terdiri daripada srikandi dan satria negara. Ini termasuklah kedua-dua abang ipar mas. Kakak pertama
bondasumandak.blogspot.com berkahwin dengan seorang anggota polis, kakak kedua merupakan seorang anggota tentera dan juga berkahwin dengan seorang yang berkerja sebagai anggota tentera. Dan adik lelaki mas (anak keempat), kini sedang berada di Kem Tun Sri Lanang, Sibu, Sarawak berkhidmat sebagai anggota polis. Hehehehe….kluarga satria. Mas bangga mempunyai bilangan ahli keluarga sebegini. Walaupun hidup sederhana, tetapi kami masih mampu menyumbangkan tenaga untuk mempertahankan kedaulatan negara. Uiseh…..heheheh…walaupun tidak sedaya mana, yang penting tanggungjawab kita kepada negara. Walaupun, mas tidak berpeluang seperti mereka, tetapi mas akan berusaha untuk menjadi anak watan yang boleh menyumbangkan bakti kepada masyarakat…InsyaAllah.

Sebenarnya masa mas buat entry ni, mas berada kat opis. Entah. Tiba2 je gatal tangan nak buat entry. Ok. Selamat bersenang2.

Sunday, March 25, 2007

Penat. Hijrah. Kesyukuran.


Hari ni ari ahad. Mas just stay kat rumah. Sebab esok dah keja balik. Huuhhuu… bosan bila mengenangkan keja ni. Tapi apa nak buat. Dah tanggungjawab dengan diri sendiri kan. Kawan mas sorang dah kluar dan menyewa tempat lain. Mas malas nak cerita pasal dia, dan yang mas tau, mas dah buat keputusan yang buat orang lain sakit hati. Tapi mas takan mulakan, kalau mas tak diganggu. Herm…benda dah jadi. So no turning back. Penat juga pindah kat bilik atas ni. Dan agak janggal sebab selama ni mas hanya tinggal dalam bilik yang kecil. Bilik kali ni ala2 bilik ke 3 besar dalam rumah ni. Alhamdullillah, boleh mas duduk dengan selesa kelak.


Tapi tula, selama ni mas duduk kat bilik bawah, rasa asing bila terdengar bunyi2 kawan2 serumah mas. Dengan lagu2 dorg, mas rasa cam lain. Ya la, selama ni mas hanya dengan dunia sendiri kan. Tiba2 ada perubahan pulak. Herm…tak apala mas akan menerima keadaan ini. Kalau mas tak selesa, mas pindah la balik kat bilik yang asal kan.

Minggu lepas, mas ada date. Heheheh…dengan seseorang. Mas dengan dia pegi tengok wayang. Nak tahu, ini la kali pertama mas pergi tgk wayang setelah hampir 7 tahun tak menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang. Sebelum ni, mas pergi dengan kakak no.2 mas. Kat KLCC, dan ingat lagi masa tu mas tgk filem Leftenan Adnan. Kali ni mas pergi dengan orang lain kat TGV, Mines. Mas tengok movie 300. ingatkan nak tgk Mukhsin. Tapi ntahla, tetiba tukar plan. Lain sangat rasanya, dan mas tak selesa. Selama ni tgk movie sorang2, tetiba ada org lain kat sisi mas. Eehehe….lagi satu, mas tak duduk betah, bosan betul. Kalau kat rumah, bleh golek-golek ke, buat gaya bebas ke, ni tak…kebetulan masa tu sebelah mas adalah seorang lelaki yang berbadan besar dan gempal (matila statement). Rasa sempit sangat tempat duduk tu. Tu yang buat mas, rasa tak selesa. Tapi tak apala, moment malam tu berakhir dengan bahagia sekali…hahahha…


Okla. Sebenarnya ada banyak mas nak ceritakan, tp tengah blur pun ada, apatah lagi lenguh badan. Esok dah kerja. Huhuuhuh…benci betul keadaan cam ni. Kan best kalau mas boleh pilih apa yg mas nak buat. Tanpa melibatkan wang ringgit ke, tenaga ke…hehehe…mati statement, ok. Selamat bersenang-senang.

Monday, March 19, 2007

hehehehe....malu larks.....



_tanpa benda ini, susah nak buat keja_
Erm…harap-harap kali ini berjaya la mas nak hasilkan blog. Blog sebelum ini semuanya hangat2 tahiks ayam. Mas teruja tgk beberapa blog yg seringkali mas tgk. Tetapi ramai lagi bilangan ahli masyarakat kita tidak tahu apa fungsi blog. Blog bukan sj berbentuk diary online, tetapi blog juga boleh dijadikan tempat perkongsian rasa, idea, pandangan, saranan mahupun bebanan….ekekekek…. sebelum ni, mas dah cuba create blog mas sendiri. Tetapi seperti mukadimah awal, masih dalam takat2 hangat tahiks ayam. Mas sendiri rajin membaca blog org lain, y not mas sendiri create dan bercerita tentang banyak perkara. Herm….

Mas tengah tunggu torrent mas siap. Tapi cam lain macam je tgk, sebab ini kali pertama mas download guna torrent. Masa belajar dulu, mas download pakai ares je. Tapi tak sangka ares dah berbayar sekarang. Tapi kan, kawan mas still guna ares untuk mendownload movie. Herm…. Dia suruh guna ares setup yang lama. Alahai…malas dah.. masa zaman muda2 dulu bleh la…aiseyyy….mas sendiri dah nak mencapa usia setua jagung dah….hehehehe…mentennnnn…

Sebelum ni, mas survey banyak blog, sebagai reference bagaimana menghasilkan blog yang bagus. Tidak perfect tapi cukup untuk berkongsi maklumat. Umpatan dan pujian juga diterima. Hehehehe…entahla….mas cukup teruja beberapa blog tempatan yang berjaya menarik peminat sendiri untuk terus melayari blog masing2. dunia! Dunia!....

Tu pasal, mas pun nak bersaing sama. Mana la tau, ada hikmah di sebalik pembikinan blog ini. Hermmm…….beberapa masa sebelum ini, dunia bloggers kita dikejutkan perihal saman menyaman para blogger ni…herm…..entahlah, masa tu aku tak aktif sangat nak mengetahui perkara ni…tetapi sejak akhir2 ni, perkara ni menjadi bualan di dalam suratkhabar dan para blogger yang lain. Nantila, kalau mas dah cukup yakin mas akan cuba kupaskan isu ini menurut pandangan mas yang dah nak rabun ni,

Oh! Entry kali ni, memang cukup pendek. Dah tak ada idea dah. Torrent mas mula menampakkan hasil…alahaii…nak kena tunggu sepanjang malam apa? Takpela, as long pc menten dipanaskan kan. Takutlak rosak. Hehehehe….sebenarnya, pada masa sekarang ini pc mas dilanda virus… Ntahlah…..dulu mas rajin buat mentenens pc ni. Sekarang ni dah tua, fed up dah….hehehehhe…ntah apa2.

Bloggers di luar sana, sedang bz menaip entry masing2. Isu yang paling best ketika dan saat ini ialah pasal Akademi Fantasia musim ke 5. Nantila kalau mas ada masa, mas sendiri akan buat entry live broadcasting dari Balakong ini… hidup kena bersaing kan….ok ler…keyboard off dulu…mata cam dan mengantuk dah. Esok nak pergi keje….eh baru 10 malam???? Gosh!