Tuesday, April 24, 2007

Tribute to Ari Afrizal Part.2.




Ada yang sama antara Mas dan dia. Tarikh 26hb Disember dan pada 2 tahun yang berlainan. Tetapi tarikh ini dikatakan hari malapetaka di seluruh dunia. Syukur pada Allah, yang membenarkan Mas melihat dunia bermula dari tarikh ini. Dan kepada Ari, simpati atas dirimu kerana tarikh ini merupakan silam dirimu yang paling menyakitkan. Dirimu, keluargamu, teman-temanmu, kampung kelahiranmu, masyarakatmu dan negerimu.

.
*26Dis.1932:gempabumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa.

*26Dis.1939:gempabumi 7.9 Richter berlaku di Wilayah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa.

*26Dis.2003:gempabumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa.

*26Dis.2004:gempabumi berlaku di Sumatera membunuh 35,000 orang

*26Dis.1996 berlakunya Ribut Greg di Keningau, Sabah

*dan setiap berlakunya malam 25 Disember di seluruh dunia, terdapat di mana2 tempat si sluruh dunia in sedang melakukan aktiviti yang membuatkan manusia lupa daratan (opss! no komen)


_________________________________________________
.

Apakah Mas turut pembawa malang? Maha Suci Tuhan atas segala kurniaan ini.
.
________________________________________________
.

*entry ni bersambung taip selama 3 hari. Mas berasa tidak sihat kebelakangan ini, dan balik ke rumah, mandi dan terus tidur. Mungkin terkejut dek hujan titik2 hari tu.*
.
Baru sebentar tadi, Ari datang ke opis untuk mengembalikan baju uniform kejanya. ehhehe..sempat juga mas say bye ng dia. well, pernah menjadi teman sekerja Mas kan. Why not? Hari ni hari jumaat. Kat opis rasa sejuk gila...maybe sebab Mas di dalam pra-nak-demam. huhuuhhu.....ni yang tak best sebab lusa (29 April) akan pergi vacation bersama ng budak2 kilang. PENANG!
.
Mas tak pernah lagi ke Pulau Mutiara tu. Kali ni dah prepare cammy awal2. Mas akan bawa cammy sendiri dan cammy kakak Mas. Well, Mas tak mampu lagi nak beli spare battery untuk cammy Mas yang guna rechargeable tu. Kitorang takan menginap kat mana2 sbb vacation hanya la selama sehari sj. Boleh?
.
Cammy kakak Mas tu guna bateri biasa. Dan Mas gemar guna cammy tu, sbb catch dia bagus. Even, it is more cheaper then mine. hehehehe...kredit to my sis. So, Mas akan bring along 2 cammies. Tamak! Well, Mas dah gila nak jadi photographer. Biarpun medium tak cukup, yang penting karya dah ada kan. hehehehehe...Well, Pulau Pinang! Im down to you soon!!.
.
Sebenarnya minggu lepas ada special function yang mas join, tapi oleh kerana, picca suma kat rumah, nanti kat rumah baru Mas be entrying (matila ayat!)...sleep.cold.at the office.
.
.
"hikhikhik..mengambil kesempatan tumpang glamer ng Ari. Eyes! Eyes!"



Monday, April 23, 2007

Tribute to Tsunami Survivor, Ari Afrizal.


'Dia dikatakan manusia yang ditakdirkan mempunyai takdir kehidupan untuk kali kedua. Siapa pun dia, dia merupakan pilihan Allah, Allah Maha Berkuasa di atas segalanya."
.
So long Ari... Ada ketentuan tentu kita akan berjumpa lagi. Di suatu ketentuan yang sudah ditakdirkan. Dan Mas pasti akan berkunjung ke sana, untuk melihat sesuatu yang 'sama' tentang kita. InsyaAllah. Dulu semasa belajar, Mas hanya melihat beliau di layar media, mendengar saban cerita tentang Tsunami Survivor. Betapa gerun kuasa Allah tentang masa lampau. Mas melihat beliau dengan penuh keinsafan. Entah! Terasa begitu kerdil melihat ketentuan Allah. Dan sedikit lampau, sekali lagi Allah menemukan Mas dengan manusia yang ditakdirkan bagaikan hidup untuk kali kedua. Ari Afrizal. Memang Mas tak sangka akan menemui beliau di tempat Mas bekerja sekarang. Dan kali ini, Mas menghasilkan entry tentang beliau. Ari pemuda berdarah Acheh, nice simple guy, and also has a nice attitude, merupakan rakan sekerja Mas. Sungguh tak sangka kan!
.
Kami bertemu di Malaysia. Sungguh kecil dunia ni kan. Sebenarnya beliau datang bekerja sejurus selepas Acheh dilanda Tsunami sekitar awal tahun 2005. Dan Mas mula bekerja di tempat ini penghujung 2005. Sejak dari hari itu, kami berdua ditakdirkan menjadi kawan. Mula-mula terasa segan. Segan. Dan, segan. Maklumla, batas-batas sesama manusia itu sentiasa wujud. Tapi dia ni ok. Dan minggu lepas, kontrak bekerjanya sudah tamat dan beliau tidak berhasrat untuk menyambung semula kontrak tersebut. Jumaat lepas, Mas dan budak Team Sales telah membuat satu farewell lunch kecilan bersama beliau di KFC, Jaya Jusco, Cheras Selatan. Sebenarnya ada pic semasa farewell lunch tersebut. Tapi tak sempat Mas nak upload sebab kamera yang Mas pakai tak ada cabel (pinjam kakak punya cammy, sbb dia pinjam cammy Mas). Sebenarnya majlis kecilan itu juga adalah untuk sorang lagi pekerja seperti Ari. Budak Nepal iaitu Narayan. Dia pun akan balik ke negara asal tak lama lagi. Narayan dan Ari adalah rakan sekerja satu department. Seronok dapat kenal mereka berdua ni. Dan opkos, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan antara kami.
.
(dari kanan: Narayan (Nepal), Inne, Ari dan Delfi (all are Indonesians) dan Ganesh (Nepal).
.
Kedua2 picca yang ada kat sini diambil semasa kitorang telah membuat majlis dinner department kat Restoran Sabai-Sabai di Mines Shopping Centre. Dan lokasi picca ni adalah tempat main bowling. Pas dinner p main bowling pulak. Seronok mendapat kawan dari negara luar ni. Sekurang2nya otak tak la berkampung pada satu tempat saja kan. Walaupun kadang2 bahasa menjadi perbatasan komunikasi, tetapi kami semua berdiri di bawah satu bumbung, iaitu, persahabatan. Terima Kasih Allah.
.
Malam semakin larut. Sebenarnya ada entry lain yang Mas nak buat. Tapi mata dah tak larat dah. Kepada Ari Afrizal, selamat menempuhi kehidupan ini. Kita pernah bernafas pada udara yang sama. Kalau ada ketentuan, Mas akan melawat anda di sana. Sampai jumpa lagi, teman!
"26hb Disember 2004 : adalah hari berlakunya Tsunami Acheh dan merupakan hari jadi Mas yang ke 24tahun."

Monday, April 16, 2007

Back To Basic.

Hari ini permulaan hari kepada sepanjang minggu ini.
.
.
Selama 2 hari Mas bercuti. Bercuti pendek dan satu kenormalan pada hujung minggu. Sabtu hanyalah offday bagi company Mas. Dan percutian kali ini cukup membuat Mas berubah secara drastik. Sangat drastik. ok! Mas tak nak sakit hati. Mas mahu menjadi manusia yang sabar..sangat penyabar. InsyaAllah, semoga Mas terus tabah.
.
.
Mas menyesal. Lebih-lagi bila mendapat tahu mak di kampung sedang sakit. Sakit darah tingginya menyerang lagi. Terasa-rasa semasa di ofis tadi Mas ingin menangis. Lantas teringat kat mak. Kat bapa...mereka berdua yang sudah berusia. Terasa penyesalan yang sangat2 memilukan. Dan Mas di sini, hampir terkulai menyembah bumi meskipun kaki sudah tidak bermaya. Sangat sakit keadaan ini. Dan ini memilukan.
.
.
Bila mana, diri Mas ingin cuba menjadi jujur. Tapi rupanya jujur itu menjerat. Hati Mas terjerat. Tetapi Mas tidak menyesal. Tidak menyalahkan keadaan. Jarang sekali hendak melawan takdir. Kerana ini jalan hidup yang Mas pilih. Tidak begitu indah tetapi cukup memeritkan. Satu keadaan yang akan Mas ingat sampai bila2. Ketika Mas takut, hanya kekuatan yang sedikit ini menjadi pemampan langkah Mas yang keseterusnya. Salahka menjadi jujur? Dan jujur itu yang terjerat oleh ketawa2 manusia di sekeliling ku. Dan itu SAKIT.
.
.
Semalam jasad Mas di tengah Kuala Lumpur. Tetapi fikiran menjauh. Entah. Menyesal?
.
.
Biarkan keadaan itu pergi. Iringinya dengan senyuman sinis.
.
.
Oh! Delfi, rakan sekerja Mas hari ni MC. Kesian, disyaki mengidap demam denggi. Dan hari ini test blood akan kluar. Kesian. Datang jauh merantau. Tapi sakit2 tu biasala. Cuma diri kena perlu jaga. Hari ini kat ofis tak adala perkara yang menarik sangat. Tapi badan terasa lesu. Terasa lucu peristiwa semalam. Semalam yang hangat!
.
.
Malam ni pulak, Mas layan konsert AF5 minggu ke 5. Herm...sesekali baca blog para blogger AF5 ni. Heheheh....lucu pula...manusia! manusia! Ada yang membuat entry ikut suka hati usus saja, ada yang menggunakan akal dan buah fikiran yang bernas, ada yang menggunakan tutur kata yang bleh mnarik sejumlah para pembaca....pendek kata, semua entry yang dibuat adalah mengikut pandangan dan pemerhatian yang dibuat sendiri. Mas paling suka membaca entry kat blog http://sultanmuzaffar.blogspot.com Beliau beruntung kerana blog itu blog berbayar dan dibayar oleh astro...hehehehe..penggunaan ayat cukup kemas dan mudah difahami. Mungkin mengikut protokol yang ditetapkan. Ada sebilangan blog yang lain menggunakan kata2 kesat dalam penghasilan entry....erm....pastu dirojakkan dengan bahasa lain (bahsa english + bahasa kasar + bahasa kesat). It sounds and looks stupid. hahahahaha...agaknya nak menarik pembaca kot. tapi kat blog yang Mas sebutkan tadi mencapai hits komen hingga 6++ sumthink. Menarik! Sejak 2, 3 menjak ni Mas sentiasa mengikuti perkembangan AF 5 ni...Heheheh..dah ada kemudahan kan! Biarpun tidak merasai suasana konsert, termasukla melalui astro ataupun siaran secara langsung, tapi Mas bleh tgk kat www.youtube.com. wow! Maklumat berada di hujung mouse anda dan berinternet lah sehingga LEBAM dengan kadar bayaran RM 66.00 sebulan...hehehehe....pastu ada juga pengguna free..BENGANG..
.
.
Sepanjang hari ini, udara terasa lembab. Tengahari tadi hujan lebat. Best gila...Pastu sebelah petang pulak. Pastu pulak sebelah malam pun hujan...HUhhuhuhu....kadang2 Mas terperasan kalau la hujan itu berupa salji ke...hehehe...mesti Mas dah pakai baju sejuk atau baju bulu bulu ke...Tapi alhamdullillah..Malaysia kan khatulistiwa...panas dan lembab sepanjang tahun. Lewat petang td, Mas sempat berchatting dengan Bro The Rock (http://theonlyrockhead.blogspot.com. Memang Mas dah selalu chat ng dia.. Dan so far, dia ok la...Mas dah kenal cyber ng dia sejak dia keja dan bawa family bersama kat UK lagi. Hari ni topik kitorang pasal bunga kertas. Hahahaha....teringat masa dulu Mas pernah berniaga semaian bunga kertas.. Best apa...kalau ada peluang, Mas nak cuba market kat sini. Mas rindu keadaan kat kampung. Tidak sesak! dan Tidak menyakitkan! wow! buka nursery ke? hahahaha....Mas suka tumbuh-tumbuhan dan binatang. Hope so, suatu masa nanti Mas nak ada sejumlah ruang yang bleh Mas buat kebun bunga dan sekali dengan penjagaan binatang...ehheheh...mesti seronok..pastu tu pula ada cammy idaman..hai!!! Impian. Tapi tak mustahil kan?????
.
.
erm...ada lagi sejam setengah sebelum pukul doblas tengah malam. Rasanya Mas nak buat 5s kat bilik ni...tak settle2 lagi. Dan pukul doblas mesti tidur. Nak ejas balik masa Mas ni.. Dah tak stabil dah!...ehehhe...oh ! Dunia! Dunia!

Thursday, April 12, 2007

Gemuk.

Gemuk.
>
<
2 hari lepas Mas menerima emel dr ofismate Mas. Kurus melampau atau dalam bahsa hari ni, aneroxia bulimia, menarik perhatian untuk Mas buat entry kali ni. Naik takut tgk gambar2 dalam emel tu. Dan sebahagiannya Mas edit untuk dimasukkan dalam entry kali ni. Hilang keistimewaan setiap lekuk pada wanita2 yang ada dalam gambar ni. Begitu juga kepada wanita di seluruh dunia yang mengamalkan cara diet yang bahaya ni. Mungkin mereka obses dengan tubuh badan mereka, disebabkan itula mereka tidak yakin dengan saiz mereka.
>
<
Mas pernah terbaca byk bahan bacaan pasal aneroxia ni. Dan ianya amat menakutkan. Mas rasa bersyukur, biarpun Mas bolehlah dilabelkan sebagai golongan yang berisi overload ni, tapi sekurang2nya Mas boleh mengawal kesihatan. Kurus dan gemuk sama saja keadaannya. Sekiranya kita tidak pandai menjaga diri, penyakit sangat senang mendatangi dalam diri kita. Mas masih ingat, semasa di kampung Mas di suatu petang yang indah.
"Mas, apasal la ko ni gemuk sangat?" Makcik kurus tu dengan senang hati bertanyakan soalan ceputembaga kepada Mas. Mas rasa tersentuh. Sekiranya Mas mempunyai plihan, sudah pasti Mas memilih tubuh badan yang sempurna di mata orang lain. Tapi inilah Mas.
<
>
G.E.M.U.K
>
<
Kebetulan masa tu, bapa Mas ada di sebelah Mas. Selamba sj dia bagi jawapan kat makcik tu.
"Tu tandanya makbapa dia cukup bagi makan"... Mas terkebil2 mendengar statement bapa Mas tu. Ternyata bapa juga memberi perhatian terhadap soalan 'pandai' Makcik tadi tu.
<
"Asalkan saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, makcik. Orang lain kurus, macam2 penyakit datang. Gemuk kalau tak pandai jaga diri pun senang dapat penyakit." Mas cuba bersikap nuetral la katakan. Padahal dalam hati.......
>
Dulu, Mas selalu tidak yakin pada diri sendiri. Disebabkan kegemukan Mas, Mas menjadi seorang yang pasif pasal penampilan diri. Tapi dalam bidang manusia yang lain, Mas cukup suka bersaing. GEMUK is not a big deal. As long, Mas menerima keadaan diri Mas. Mas tak nafikan, Mas juga ada berusaha untuk kurus. Maksud Mas, kurus dengan tubuh badan yang ideal la katakan. Siapa taknak kelihatan cantik dan tidak dihina sebagai GEMUK kan? Mas selalu senangkan hati sendiri (habis, nak tunggu sapa?), bahawasanya ciptaan Allah itu sangat indah. Dan diri Mas, dijadikan begini bersebab. Pasal aneroxia tu, Mas rasa Mas tak perlu mengamalkan cara hidup yang macam tu...menderita...dan tak sedap kena peluk...hahahahahha...
<
Bila tiba bab baju.....Mas terkedu. Memang susah nak cari fesyen yang sesuai. Mas pula bukan mampu nak sediakan mentenens yang sepatutnya. Dan perkara ini mem'frust'kan Mas. Macam biasala, Mas sentiasa senangkan hati sendiri. Bersyukurla seadaanya. Tapi sebenarnya, Mas "sakit hati" skrg ni. Apa taknya, budak2 rumah Mas pandai masak. Takan nak tolak rezeki depan mata kan. Makan...dan bila dah kenyang ular sawa, apa lagi...TIDO la jawabnya....salahkan kawan2 Mas sebab menolong Mas menambahkan jisim Mas ni.....hehehee...
Untuk kawan2 yang 'seangkatan' dengan Mas di luar sana, bersyukur dengan jisim kita ni, yang penting kita tahu tingkat mana tahap kesihatan kita....

Monday, April 9, 2007

Cinta dan Geram

10 mlm.
>
Mas penat. Baru balik dari minum malam dgn kawan2 Mas. Salah sorang ajak Mas untuk minum bersama. Sekadar segelas teh limau suam dan segelas teh limau ais (motif kena sponsor). Sejak akhir2 ni Mas memilih minuman limau teh ni untuk tujuan menjaga kesihatan. Lagipun sekarang cuaca tidak menentu. Teh limau boleh mengurangkan panas dalam badan. Petua!
>
Hari ini hari Isnin. Permulaan hari bekerja untuk minggu ini. Kat Johor, negeri mereka tengah bercuti. Hari keputeraan Sultan Johor. Dat's y supplier untuk kilang kat Johor ari ni, Mas tak dapat hubungi. Ini kerana (kalau mengikut rutin), Mas akan call mereka hari2 untuk dapatkan report dan urusan rasmi.
>
Hari ini Mas menerima mesej org demam cinta. Bukannya demam ng Mas. Tapi krisis antara 2 pihak. Hai! Dunia! Dunia! Si Lelaki Dan Si Perempuan. Isk! Mestilah. Lelaki diciptakan untuk Sang perempuan. Dan begitu la sebaliknya. Dan sudah pasti tidak akan ada lebih dari hubungan tersebut. Dan, SONGSANG ada nama untuk mereka yang lebih tertarik kepada rakan sejenis.
>
Berbalik kepada soal pasangan tadi. Kedua mereka adalah kawan Mas. Entah! Mungkin semalam mereka krisis. Mas tak salahkan mana-mana pihak. Biasala manusia sentiasa mengalami proses perubahan hidup kan. Sudah pasti kadar emosi kedua belah pihak itu tak sama. Cara kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan kita adalah berlainan. Jarangla kita dapat melihat pasangan yang bahagia together-gether poreber!
>
Si Lelaki mengirim sms kepada Mas. Mengadu bahawa Si Lelaki menyesal atas perbuatannya kepada Si Perempuan. Berjanji akan lebih bertanggungjawab kepada pasangannya......tuttt....tutttt......Mula2 Mas menjadi blur. "kenapa pula aku yang menjadi tempat menabur perasaan?"..Tapi Mas menerima perkara ini secara positif sajala. Ragam orang tengah bercinta kan. Memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan yang ter'hide. Dan Mas menjadi di antaranya.....
>
Kisah si Perempuan. Dia selalu menceritakan perihal si Lelaki....Mengadu....dan Mas hanya mendengar. Sesekali terlampias kata bebelan dari Mas....sesekali terlontar perkataan SABAR kepada si Perempuan...dan selalunya Mas lebih banyak membuat pandangan kosong....hehehhe....Kedua2 mereka ni masih dalam peringkat perkenalan tata budi diri. Dan Mas pasti, masing2 sudah paham whut shud they do and don't....CINTA! CINTA! Ada Apa Dengan Cinta?
>
Mas sendiri tak tau. Apa yang patut kita lakukan bila kita mendapat cinta? Mas tidak berpengalaman luas dalam bidang manusia yang satu ini. C.I.N.T.A...Mas mungkin tidak berpeluang berkali-kali mendapat peluang bercinta dengan pelbagai manusia.... Dan Mas tidak pernah berniat untuk merasai cinta yang berkali-kali ini. Biarpun sekarang ini, Mas tengah dilamun musim bunga cinta (bukanka musim cinta sepanjang tahun)....tapi Mas belum faham tentang perihal cinta ini. ...sepenuhnya....Mas aku, Mas pernah melalui takat kehidupan yang paling indah. Tetapi Mas tidak berpeluang untuk memiliki...dan cukupla sekadar melaluinya...itu sudah lebih baik dari langsung tiada. Sebagai panduan kehidupan di masa akan datang. Berhati-hati....Tapi, dalam masa yang sama, Mas tidak menolak takdir Mas.
>
Kadang2 agak janggal kehidupan mempunyai kekasih. Bersiap (berdandan tp muka menten hodoh), menanti si dia, kluar bersama si dia, makan malam, berbual....etc....balik ke rumah masing2....Biasanya seminggu sekali....bergayut kat telefon (bil melambung setinggi bintang), berbalas SMS...itu belum lagi bila musim bergaduh....longlai, telefon dan sms tak berjawab (mula fikir negatif)...bila masa merindu pada si dia....la.la.lllla....la.....macam tu ke dinamakan bercinta? Mas tak tau....
>
Ada masanya, Mas rasa cinta itu best... tapi bila masa si dia tu ikut PERIOD sama, mulala menarik muka masam sampai nak pecah bumbung gerai pakcik deen Tomyam kat ujung blok rumah Mas ni...Mas pulak tak reti nak memujuk....Mula la Mas mendiamkan diri...tapi bila dah jadi cam tu, orang tu pula fikir Mas yang merajuk...hehehehe....(padahal menyampah nak mencari ayat nak memujuk)...Seronok kena pujuk ni!!!! Mas dipujuk!!!!! (dalam hati, gelak raja isketambola)....
>
Macam tu ke becinta??Alahai.....tolong la bagi pengertian yang sebenarnya. Mas tak nak buang masa untuk terus menerus buat benda2 cam tu....2 tahun? 4 tahun? huhuhuhu......mesti membosankan...Ke belum sampai masanya Mas nak rasa perasaan yang sebenarnya? huuuuuh.....rasanya antara bercouple atau single, mana satu yang lebih best....Tapi mak Mas pernah tanya:
>
" Mas, ko ni tak ada bunyi2 ada boipren. Normal ke tidak ni?"
bahsa negeri aku : "Mas, ko ni ndak ada boipren ka, betul ka nda ko ni?"
>
Cis! Mak Mas dah anggap Mas ni tak normal pulak. Mas hanya senyum sambil geram...Bukannya tak ada, tapi Mas belum sedia nak cerita...esok2 dah yakin, baru bagitau. Sabarla mak...kalau tak ada orang nak kat Mas ni, suruh mak carikan sj....hahahahahah (gelak cam bunyi desperados)...Hei! Mas tak desperate ya...Cuma Mas masih mencari arah tuju perasaan Mas ni...
>
.....aku sedang ingin bercinta karenaaaaa....mungkin ada kamu di sini.....aku inginnnnnnnn........
>
Entahla....Mas tak boleh olah lebih2...Takut pun ada.. Tapi bagi Mas, biarla perasaan cinta tu datang secara natural..bukannya paksaan...takut hati jadi bingung...dan perangai pun ikut bingunggggg....Tapi ada juga kawan2 Mas di luar sana masih bimbang, belum mendapat pasangan...ala....ingat best sangat ke bercinta ni? Dah la takut dengan Pak JAIS, financial pun bertambah, biarpun kos dating banyak ditanggung oleh Sang Sapurba...eh Si Lelaki...tapi kita yang perempuan ni terpaksa kluar kos nak beli baju, nak jaga mentenens diri (termasuk penjagaan rambut), lain lagi modal nak isi prepaid dalam hp....lalalalal....tu belum lagi , kalau si Lelaki tu buat perangai...dah la perempuan ni sensitif , asyik kena marah je....ingat senang ke nak senang kan hati sendiri???? sampai takat meloyah otak ni bila nak cari jalan nak memujuk....kalau makan pujuk tak apa, kalau yang suka merajuk berhari2 tu... pala otak!!!! ingat aku ni tukang pujuk? kalau berbayar sedap sikit cerita....hahahahha..material betul....eh! penat tau bila tiba bab macam ni....tapi sayang punya pasal la kan....(dalam hati ni, macam nak tembak torpedo je kat dia)....eh jangannnn.....
>
okla.....rojak betul Mas ni....entahla...mata dah ngantuk ni...nak tido.....selamat bersenang2 la yer.......
>
>
>
kepada Wan: MAS GERAM DENGAN WANNN!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, April 8, 2007

Candy oh Aizat!

Sesekali entry pasal AF 5.
Kesian Mas. TV tak ada. Apatah lagi nak ada astro. Erm....tak ada kekuatan nak beli menatang tu. Hehehehe... Tu pasal Mas pasang internet kat rumah. Macam2 ada biarpun tak clear cam tgk tv. Pagi tadi, sebaik bangkit dr tidur, Mas terus on kan pc. Niat : nak tgk konsert AF 5 (minggu 4) kat Youtube. Tengah malam smlm, Mas dah tau keputusan minggu ni : FARHA + FATIN + NONI dah terkeluar. hikhikhikhik....Mas tak pernah lagi tgk fatin tu perform, tp kalau farha dan noni dah selalu. Erm...tak apa la mereka kluar...memang tak best pun...heheheh kejam!
>
Mas tgk performance Candy dan Aizat saja. Well, Mas rasa mereka ni ada style sendiri. Candy memang best. Firasat Mas rasa Candy akan menang juara kali ni. Suara mmg best biarpun kadang2 sangkut juga. Cuma konsert semalam tu, Candy bawa lagu Fauziah Latih - Setiaku Korbankan.... memang best! Dia ada acuan tersendiri. Memang bestla!!!!!!!!!!! Aizat pun sama...Dia nyanyi lagu Latin tu - La Kasega Negra (tah apa menatang ni)... Ada ciri2 nak jadi penghibur yang bagus. Semua juri pun kata, performance Aizat pada malam konsert ke 4 ni memang best. Dan Mas pun terhibur tengok dia menari. Memang best la... Biarpun jisim dia banyak, tp dia mampu menari cam tu sekali.
>
huuhuu.....bosan pulak...ingat tadi nak buat sequel pasal skola....tapi tak ada idea. Tengah bengang ni! _OUT

Hari-Hari Terindah Dalam Hidupku.

Dah nak Subuh dah.
Mas memang cam ni. Kalau esok cuti, Mas boleh stay up sampai ke siang. Heheheh! Entah dah terbiasa dah. Edit2 blog, surfing internet, chatting....bla..bla...oh! tak lupa baca blog orang lain. Sesambil tgk design blog dorang. Herm...malas pula menjadi faktor utama Mas taknak editting blog ni. So far, 3 column with b&w concept are much mo better for a people like me.
>
P.E.M.A.L.A.S.
>
Masa siang tadi, Mas kerja cam biasa. Cerita hari ni, bebudak exec kat kilang (termasuk manager department) sdg 'bergembira' dapat tiket free g tengok qualification Formula 1, kat Sepang. Kat department Sales, Mr. Oon dan Mr. Cheah dapat pegi kali ni. waa...best la...dapat tiket free lak tu. Department lain tak tau la...Biasanya event cam ni, peluang cam ni akan dirotate ke staf department. Tapi level cam Mas ni mmg la tak dapat. He he he. Biorlerrr....Erm..lupa pula..Mas dapat offer nak join kursus First Aider kat kilang. Mula2 ushar ng Zalina (Safety exec). Tak sangka lak dia suruh Mas join. Tapi terpulang kpd atasan Mas pula nak kasi benar ke tak ikut kursus selama 2 hari ni. Sepanjang yang Mas tahu, orang bawahan dalam department Mas ni tak pernah lagi p buat kursus cam ni. Added skill la katakan. Erm....diskriminasi ke? Department lain selamba sj antar operator g kursus. Mas nak try la join benda ni. Best apa...takanla nak mengadap keja seharian. Lagipun kursus cam ni banyak kegunaannya. I will.
>
Tadi Mas lapar. Turun p dapur jap. Kira2 nak masak sumtink. Tapi bila tgk sinki penuh dengan bekas2 makanan, erm....terhenti nafsu nak makan. Tak ada mood. Nasib baik Mas ada beli Bun Tausa masa kat kilang siang td. Jerangkan air panas dan kemudian buat satu mug hot oats. Kemudian naik ke bilik dan mengunyah bersama Bun Tausa. Boleh la nak alas perut. Siang karang, bleh la Mas masak.
>
Dah menguap pula. Tapi mood nak buat entry tu masih ada. Tadi Mas cakap diskriminasi kan. Herm....Mas tak suka diskriminasi. Sangat2 tak suka. Tapi kat mana2 pun ada benda ni. Kat kilang tu sendiri. Kat skola. Kat kantin. Kat LRT. ala..kat mana2 pun. Bosan la duduk dalam kelompok masyarakat cam ni. Ingat kita ni hidup dalam level2 tertentu ke (mmg betul pun, kalau tak betul takanla ada istilah diskriminasi kan!!)
>
Mas teringat zaman skola dulu. Kenapa sampai skrg ni Mas tak pandai main hoki. Disebabkan diskriminasi juga. Budak2 dalam team hoki tu poyo2 mau mampus. Masa tu Mas dah apply nak join. Biarpun masa tu Mas zero bab hoki, tapi Mas yakin Mas bleh (im a fast learner ok). Tengok budak2 dalam team tu pun tak la secun dan segagah mana seperti yang didiskriminasikan ke atas diriku. Mungkin sebab Mas tak glamer kot masa tu. hahahahah....
>
Masa kat kampus pula, Mas rajin join bab sukan ni. Biarpun gedempol ada hati nak join sukan, tapi Mas berpeluang join SUKAN ANTARA FAKULTI. Bangga beb bila dapat jadi kapten pasukan bola tampar wanita bagi wakil fakulti. Masa tu memang Mas rasa teruja sangat ada team sendiri. Biarpun tak menang. Yang best masa tu juga, team Mas jadi pasukan bidan terjun wakil fakulti main games bola baling. Ni lagi satu, sumpah! Memang Mas tak pernah main game ni. Pernah tgk ada la...Tapi biarpun tak pernah join, sempat juga shoot satu gol untuk fakulti. Itu pun d luar kesedaran. Tiba2 je Mas kena sorak sebab dapat shoot satu gol. Ahaks! Teruja! Tapi pastu sakit satu badan sbb belari satu gelanggang. Kalau tak silap masa tu Mas punya job jadi penyerang. eh ya ka! Correct me if have any mistaken. Sempat juga buat sorang budak lawan terbang atas gelanggang. hahahaha! Lawak! Lawak!
>
Actually Mas merindui masa skola rendah dahulu kala. Mas masih teringat tatkala (uiseh) Mas dapat masuk kelas super pandai. Kalau tak silap masa tu darjah 5. Masa tu, kelas A ni memang super gila gempak pelajar dia. Pandai, Cantik dan Kaya. Masih terbayang saat kali pertama masuk kelas tu. Memang super down to earth la. Abis apa taknya, sebelum ni Mas hanya mendengar cerita2 budak skola ni yang budak2 kelas A ni memang superb! Dan Mas memang tak nafikan. Mas tak ada 3 ciri yang Mas sebut tadi. Yang Mas ada adalah : perasaan teruja saja (tp masa tu Mas tak pernah dengar perkataan teruja ni). Skola Konven prempuan maaa.....memang best.
>
Rasa mengantuk gilos. Nanti Mas buat sequel untuk entry ni. Selamat bersenang-senang!

Friday, April 6, 2007

oh ! Mas !

Nak kata Mas busy dengan kerja2 bertimbun kat opis, tak ada la sangat. Hampir setiap hari ontime balik rumah. Tapi dalam minggu ni memang Mas kekurangan daya nak menghasilkan entry. hukhukhuk...batuk ayam jap. Entry lepas, mas buat entry bertajuk PARASIT. Lawak! Lawak! Banyak feedback secara lisan yang Mas terima melalui entry tersebut. Ah! Peduli apa! Mas pemilik blog ni. Cerita yang terdapat dalam blog ni memang benar, bukannya berbentuk fitnah. Sila kemukakan bukti fitnah sekiranya saya didapati melakukan kesalahan fitnah. Sekurang2nya Mas berjuang mempertahankan nasib diri ni secara berseorangan, bukannya melakukan umpatan di belakang. Ho!ho!ho! Tak mengaku tak apa.. Tapi Mas dah lali keadaan cam ni. Lantak la..Tak puas hati kan? Mas bukan jenis kaki gaduh. So, kalau nak tahu detail apa sebenarnya yg bersarang dalam pala otak Mas, rajin2kan la diri surfing blog Mas. Mana la tau, terselit kisah korang kan. Bukankah anda salah seorang yang mempunyai sikap suka interframe? ehheheheh.....Oh! Mas.
>
>
Terima kasih kepada yang sudi melawat blog ni. Mas sedang ingin mempertingkatkan daya hendak menjadikan blog ni kepada sesuatu yang lebih bersifat berkongsi maklumat, idea dan ideologi. Kepada sesiapa korang yang mempunyai tingkat minda yang tertutup, sila abaikan blog ini. Mas tak cakap Mas ni cukup bagus dalam tingkat minda ni, tapi Mas baru tersedar Mas dikelilingi oleh manusia-manusia yang masih ego untuk menerima sebarang perubahan. Tak paksa nak terima, tapi jangan bersikap bodoh sombong dengan orang lain.
>
>
Sebenarnya minggu lepas, Mas baru saja menamatkan Perang Saraf dengan seseorang. Mas dah cakap, Mas bukan kaki gaduh, tetapi 'environment' Mas sekarang ni telah memaksa Mas menjadi seorang yang "sebegitu" rupa. Uiseh! Jangan salahkan keadaan, tapi Mas salahkan diri sendiri sebab dengan rela hati melibatkan diri dalam dunia korang yang 'sesak' tu. Aiseh! Macam dalam dunia Yakjuj dan Makjuj sj. He he he (gelak tiga patah sj, jangan lebih). Berbalik kepada Perang Saraf yang Mas katakan td tu, Mas telah diserang bertalu-talu dengan kata-kata yang berbaur hinaan. Mas bersabar, tetapi akhirnya Mas akur dengan kemarahan terpendam Mas. Mas sendiri telah mengikut arus yang salah itu. Sorila, there is no turning back. Sekurang2nya Mas bertanggungjawab dengan benda-benda yang Mas cakap. Bukannya tak mengaku bila berdepan dengan situasi sebenar. Sakit sebenarnya.
Pelik sangatke Mas ni? Setakat memerap dalam bilik, ambil gambar2 yang mengikut ideologi Mas seperti di dalam http://masnonipics.fotopages.com, salahka Mas buat benda2 cam tu? Memerap dalam bilik tidak semestinya otak Mas ni terperap juga, apatah lagi Mas dah pasang line internet. Maklumat berada di hujung klik mouse Mas. Lagipun Mas bukan jenis 'merayap' ke dari bilik ke bilik menjaja cerita. Hohoho! Bodoh! Nak kata Mas ni pelik, kata la. Sekurang2nya cara kehidupan Mas ni, tidak dipandang songsang oleh orang lain. Kehidupan yang Songsang? Apa yang anda fikir tentang tentang ayat tu? Makan cili takan rasa manis pulak kan. So, jangan nak menghina orang lain, kalau diri sendiri tu tak betul.
>
>
Entry blog ni terganggu seketika. Tadi kawan baik Mas datang ke rumah. Kena la layan dia sekejap kan. Mas rasa sekarang ni happy sangat. Berbaik semula dengan kawan Mas, mendapat 'perasaan' baru...etc...Tak tau la budak rumah ni kata, Kak Mas ni sejak akhir2 ni lain macam je happy. Mungkin? Takan nak nafikan perkara tu kan. Entahla. Tiba2 Mas rasa happy dengan kadar hubungan Mas dengan manusia lain. Alhamdullillah. Mas akui, Mas dilamun cinta.
>
>
oh! Mas. Tak habis-habis kamu ni dilamun cinta.
Abis? Salahka perasaan aku tu.
Tak adala salah, tapi tak takut kecewa?
Kecewa tu norma kehidupan manusia, lambat laun kena hadapi juga kan. Kalau dah tak ada jodoh, takan nak merayu melutut pulak kan. Biarlah perasaan itu pergi.
Betul ni?
Betul. Tapi dengan dia ni, aku tak letak apa2 harapan. Sebab dulu, aku dah pernah buat tentang ini. Apa yang aku harap, semoga ini hubungan istimewa terakhir buat aku.
Macam frust saja?
Pala otak. Dah duduk diam2 kat dalam badan aku ni. Jangan sewel. hehehehe>
>
>
Ada orang bertanya, siapa Wan ni? Mas tak bleh nak kata apa. Dia seorang yang terlalu biasa. Dan Mas selesa dengannya. Hehehehe...Malu la pula kalau dia terbaca entry ni.
hai! Mas! Mas....okla...nak tido dulu. Esok hari terakhir bekerja. Rasa best pulak. Ahad pula cuti. Ala kalau cuti pun, mestila tido gaya bebas sepanjang hari. Esoknya dah kerja balik. Tapi sabtu minggu depan, adalah hari cuti kat kilang. hohohoho, sebenarnya Mas bekerja 6 hari seminggu. Penat wohhh! Tapi apa nak buat. Cari rezeki kan. Terima kasih pada Tuhan, pada nikmat2 yang Mas lalui ni. Hidup ini indah sebenarnya (bukan motif orang dilamun cinta eh)...hehehehe...

Sunday, April 1, 2007

Parasit.

Baru AKU tau perangai korang macammana.

Mas bukan jahat.
Mas bukan jenis macam tu.
Tapi ‘korang’ paksa Mas untuk jadi macam tu.
Dan ‘korang’ memang……

Penat Mas fikir kejadian sejak beberapa hari ni. Yang jelas, Mas bersyukur bila benda ni telah berlaku, akhirnya Mas tahu hati budi korang. Terima Kasih!

Yang dimaki hamun itu Mas.
Yang dihina itu Mas.
Yang DIUGUT itu hanya seorang bernama Mas.
Yang senang, KORANG.


Saya tak tau kak Mas buat keputusan ni semua. Saya ikut je berapa yang dorng suruh bayar. Saya tak tau menahu pun.

~aku akan ingat ayat ni.

Kan aku dah cakap sebelum ni lagi, mulai bulan depan, aku akan bayar apa yang patut aku bayar. Korang juga dulu mengadu kat aku tentang ketidakpuashatian korang dengan budak tu. Korang tak ingat? ~ Mas mula mengungkit.

Dan sepatutnya korang amik perhatian benda ni. Bukannya, seperti hari ni, cuba tak mengaku tak tau. Masa aku gaduh sms dengan dia, aku tak libatkan nama korang. Aku dihina, aku dimaki, seolah2 benda ni aku yang decide sendiri. Aku buat semua ni, untuk wakilkan diri korang tu yang memang takut. Tapi nampaknya, aku juga jadi balaci.


Mas pening. Mas bosan dengan perkara ni. Mas bukan jenis menghina orang lain. Tetapi, kalau prinsip Mas ni tidak dihormati oleh orang lain, sudah selayaknya Mas amik keputusan macam tu. Ya Allah, aku berdosa!

Mas rasa bodoh terlibat dalam perkara ni. Mas lupa sebenarnya Mas berada dalam kelompok yang amat angkuh dalam dunia mereka. Dulu, Mas tak macam ni. Mas gembira pada suatu masa dulu, orang2 bijakpandai berada di sekeliling Mas. Mas ‘kerdil’ di kalangan mereka. Tapi mereka tak sombong. Malah mereka sebenarnya ‘membantu’ Mas menjadi manusia yang lebih menghormati orang lain.

Tapi di sini. Korang paksa aku jadi cam ni. Cam *****.

Lantak korang dah baca entry ni. Lantak! Lantak! Korang apa tau? Memang korang tau hidup senang sj.


Gathering semalam. Mas kluar dengan kawan serumah pergi beli bahan memasak. Tak apa la, Mas tak pernah buat benda macam ni. Mas hepi kawan Mas datang. Macam2 cerita kluar. Tergelak sendiri bila terkenang2 cerita2 semalam.

Ada seorang budak tu..Mas memang dah tak bertegur dengan dia. Dah lama. Mas tak pernah pun terlintas nak jadikan dia bahan umpatan Mas. Tapi nampaknya dia dah buat kat Mas.

“Cara jalan ko, rambut ko, cara ko angkat phone, cerita ko pasang internet…. Bla..bla..bla….semua dia cerita”

macam ****. Hikhikhikhik… Mas tahu, Mas hari2 berada kat depan mata dia. Almaklumla, tempat duduk Mas memang membelakangi dia. Tak sangka, Mas ni jadi bahan favourite dia nak buat report kat budak2 rumah dia. Oh!

Diam macam dia tu pula, tak sangka pula ada sikap macam tu. Dasar Minah Tudung. Maksud Mas, dasar Minah Tudung ni : perempuan yang memakai tudung, tapi perangai mengalahkan orang yang tak pakai tudung. Dah la mulut tu macam sial. Padan muka perempuan tu. Tak sedar2 lagi dah ramai orang yang benci kat dia. Mas memang tak sangka la. Selama ni pun, Mas anggap dia ni bagus la. Tak campur hal orang. Tapi nampaknya, sangkaan Mas tu silap. Ehhehehe….Bodoh ko ni Mas. Terima Kasih!

Suatu masa nanti, perempuan tu akan sedar perangai dia tu sebenarnya menjerat dia sendiri. Bila ko dah sedar nanti, siap aku letak nama sebenar ko nanti dalam blog aku ni..hehehe….ko tau kan aku ni jahat. Kalau ko nak aku letak pic, boleh juga, tapi aku tunggu ko rebonding rambut ko tu. Bukan ke ko ada plan nak luruskan rambut ko tu? Ehehehe…..well, kalau ko buka tudung, aku rasa memang ko dah kompom masuk ahli kelab Rakan-Rakan Minah Tudung Seantero. Ko nak cakap aku marah kat ko? Marah tu tak la, tapi aku tak sangka ko ni sibukkan hal aku. Padahal selama ni, aku tak pernah nak amik tau pasal ko. Tapi cerita ko dengan mamat tu menarik perhatian aku. Dah desperate ke? Lantak ko la, tapi ko memang budak perempuan yang perlu perhatian kasih sayang lebih la. Cari la lelaki lain. Dah tak ada stok? Inilah balasannya kalau ko suka sangat amik tau tentang orang tak minat nak amik tau pasal ko. Haiiiii !! perempuan! Aku kesian ng kau ni.

Balakong! Balakong! Tempat ni aman sebenarnya. Tapi, Mas terjerat kat sini. Mas nak balik Shah Alam. Sana ada ramai orang bijakpandai. Betul. Kat sini, herm…..ramai tunjuk pandai, tapi terjerat. Salahkan diri sendiri sebab terlalu percaya kan orang lain.

Kejap lagi Mas nak p antar adik Mas. Dah 2 hari stay kat sini. Mungkin nak singgah Mines jap. Nak beli barang keperluan. Kat Balakong tak banyak pilihan. Jalan2 sorang la jawabnya. Semalam gaduh lagi dengan Wan. Hai! Mas! Apa nak jadi ko ni?

Tak takut dia tinggalkan kau?
Tak, sebab dah biasa. (bohong, aku tak nak.)
Ko tak sayang dia?
Kot. Tapi mungkin dia tak selesa dengan cara aku. Dia kata aku perempuan yang tak pandai bermanja.
Abis, macamana?
Biarla, suatu hari nanti, akan datang rasa yang akan buat aku bahagia. Terima aku seadanya….seadanya…
Wan ni?
Aku selesa dengan dia. Dan aku rindu dia.
Betul?
Diam bleh tak. (heheheheh)