Hari ni ari Isnin. Dan semalam adalah hari Ahad merupakan sambutan hari polis peringkat kebangsaan yang ke 200 tahun. Mas terkenang bapa di kampung. Mas dulu adalah anak kepada seorang anggota polis yang berpusat di Sandakan, Sabah. Mas pernah merasa tinggal selama 17 tahun di dalam berek, kompleks ibu Pejabat Bahagian Sandakan. Mas merindui zaman itu kerana masa itu terasa sangat tinggi kadar disiplin di kalangan anak polis. Selepas 17 tahun, beberapa tahun sebelum bapa Mas pencen, kami sekeluarga berpindah dari kawasan tersebut. Bermula di situ, Mas sudah merasa tidak selamat. Maklumla,. Sudah terbiasa hidup dalam lingkungan cam tu.. Berbalik kepada tajuk asal… setiap kali sambutan hari polis diadakan, mas berbangga sebab mempunyai seorang bapa yang bekerja dalam bidang ini. Perwira negara…..bapa mas tidak mempunyai pelajaran tinggi. Tetapi, beliau berpeluang menjadi satria negara. Entah…dulu, semasa kecik2, mas pernah bercita-cita hendak menjadi seorang anggota polis…heheheh…..pengaruh sekitar katakan tapi nampaknya cita2 tu dah berkubur. Sebab mas gemuk…hahahahha…. Tetapi sebenarnya, keluarga mas terdiri daripada srikandi dan satria negara. Ini termasuklah kedua-dua abang ipar mas. Kakak pertama bondasumandak.blogspot.com berkahwin dengan seorang anggota polis, kakak kedua merupakan seorang anggota tentera dan juga berkahwin dengan seorang yang berkerja sebagai anggota tentera. Dan adik lelaki mas (anak keempat), kini sedang berada di Kem Tun Sri Lanang, Sibu, Sarawak berkhidmat sebagai anggota polis. Hehehehe….kluarga satria. Mas bangga mempunyai bilangan ahli keluarga sebegini. Walaupun hidup sederhana, tetapi kami masih mampu menyumbangkan tenaga untuk mempertahankan kedaulatan negara. Uiseh…..heheheh…walaupun tidak sedaya mana, yang penting tanggungjawab kita kepada negara. Walaupun, mas tidak berpeluang seperti mereka, tetapi mas akan berusaha untuk menjadi anak watan yang boleh menyumbangkan bakti kepada masyarakat…InsyaAllah. Sebenarnya masa mas buat entry ni, mas berada kat opis. Entah. Tiba2 je gatal tangan nak buat entry. Ok. Selamat bersenang2. |
Monday, March 26, 2007
Selamat Menyambut 200 Tahun Pasukan Polis
Posted by
:: masze-san ::
at
11:59 AM
Labels: bondasumandak.blogspot.com, Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment