Syukur Alhamdullillah. Entry ni Mas buat kat office.. Baru sj lepas amik lunch kat atas kantin td. Hari ni tak bawa hp. Tergelak juga bila Mas buka drawer meja, lupa bawa hp rupanya. Sebab dah mmg Mas biasa letak hp dalam drawer je. Terjenguk2 kat hp kalau ada call or message (motif) hehehe…tp ari ni, memang janggal sebab tak bawa. Pelupa betul. Padahal, pagi td masa nak bersiap nak pergi kerja, sempat Mas tersepak (pelan sj) hp tu kat lantai. Herm….kan dah susah. Almaklumla, ada org tengah sibuk bercinta….(matila statement). 2, 3 ari ni Mas tension betul. PMS bukan penyebab. Tapi perkara2 yg buat mas meluat sangat telah berlaku. Tapi skrg ni Mas tak bleh entry kan. Tunggula ada masa yang sesuai. Lagipun esok cuti, tu yang tgh amik mood yg happy ni….heheheh..esok dah senang baru nak buat entry yang lengkap. Terdapat satu perkara yang buat mas happy. Mas dah berbaik semula dengan kawan baik Mas. Mas tak kisah la org lain nak ckp Mas jilat balik ludah Mas. Jangan samakan persahabatan Mas dengan ludah…. Mungkin sejumlah masa yang lama sebelum ni telah mengajar diri Mas supaya lebih berhati2 dengan semua orang. Bukan mudah mahu mencipta hubungan yang lama seperti sebelum ni. Mas akur kekurangan diri. Esok, insyaAllah, E,G (kawan Mas yang mas singkirkan dari hidup Mas dalam sejumlah waktu) akan datang ke rumah Mas. Dulu, memang Mas tak nafikan memang Mas marah sangat dengan dia. Kekurangan yang ada pada diri dia buat Mas sangat marah. Walaupun sebenarnya perkara ni disemarakkan oleh orang lain. Kalau pun dia marah dengan Mas, marahlah. Yang pasti, apa yang Mas buat tu semuanya datang dari Mas sendiri. Mas tak mau tgk kawan Mas tu hanyut dalam dunia dia. Biarpun Mas terasa hati dengan dia, tp dulu Mas dah janji dengan diri Mas, jangan jauhi RAKAN2 TERBAIK MAS yang bermasalah. Mas sendiri byk kekurangan… Tadi Mas off sekejap. Mas join budak opis kat pintu lobi untuk say GOODBYE dengan Mr. Kato. Kato-san bekas salah sorang manager dalam sales and marketing department kat kilang ni. Boleh dikatakan beliau menjadi antara favourite Japanese staff kat kilang. Dan Mas rasa best dpt kenal dengan Kato-san. Gila-gila dan tak sombong. Mas satu department dengan beliau. Hari ini beliau akan berangkat balik Jepun. Semoga beliau terus sukses dalam hidup. InsyaAllah….. sesungguhnya perpisahan tu satu hakikat. Ofis semakin sejuk. Mas nak pergi ‘berjalan2’ kat alam fantasi…ahhahaha..tido…. |
Friday, March 30, 2007
Hari Jumaat.
Posted by
:: masze-san ::
at
2:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment