Friday, May 4, 2007

Pulau Pinang dan Mas.

Herm…Mas baru habis dari vacation dengan budak2 kilang Mas. Ke Pulau Pinang Pulau Mutiara. Seronok dan ada tak seronoknya. Mas tak pernah lagi ke negeri2 sebelah utara. Dan kali ini, peluang sudah berada di depan mata. Grab it! Vacation ni dianjurkan oleh Fitria, budak HR yang keja satu ofis ng Mas. Berbaloi dan boleh dikatakan ini ialah budget vacation. RM 55.00 sahaja. Tanpa menginap di mana2 pun. Sebab kitorang budget mmg budget habis ehhehe…Nak story sikit.
.
Seperti yang dirancangkan, Mas membawa 2 cammies. Tapi yang satu cammy kakak Mas, tak la banyak shot yang diambil. Hermmm….shot tak berapa menjadi. Sebab emosi..hehehe…eh! tak ada la..everything was ok. Kitorang bertolak dari Balakong lebih kurang 12 tgh malam (29 ke 30hb siang). Sebanyak 44 org vacationers (hehehe) yang pergi dengan 2 bas. Herm….nasib Mas agak sedikit keruh..heheheh..dapat sit yang paling belakang sekali… kira ok, tapi Mas ni kan fobia dengan kelajuan. Hahahaha….entah! berapa kali bas berhenti di perhentian sekitar Perak. Mas tak familiar ng jalan kat Perak. Hanya berpandukan kepada board. Lagipun keadaan tengah malam, dah la rabun, tak bleh nampak sangat wordie worda di tepi jalan. Lupa nak entry, vacationers yang terlibat merupakan pekerja dari berbilang asal; local, indo, Myanmar dan Nepalese. Dan hanya satu bahasa yang menyatukan kami semua iaitu bahasa broken melayu….hehehhe…
Selepas perhentian terakhir kat Perak tu, Mas hanya tidur sepanjang jalan. Lupa skali lagi, vacation ni Mas ajak kawan luar Mas sekali…cik Lala. Tiba2 macam tidur Mas terganggu, pejam celik kelihatan budak2 dalam bas tu macam kelam kabut sedikit. Rupa2nya, mereka tengah bz ng mengambil gambar dari dalam bas. Dah masuk jambatan Pulau Pinang rupanya… Mas masih belum dapat fokus, sebab selama ni, Mas diajar jambatan Pulau Pinang ni lebar. Tapi tak lah sangat lebarnya. Dan kekurangannya, Mas tak dapat ambil shot the real jambatan Pulau Pinang, dan hanya simbolik sahaja yang dapat dicapturekan. Hehehehe….Dan kami menuju ke Bukit Bendera.

Mas suka lanskap Pulau Pinang. Seperti yang Mas cakap kat awal entry, vacation ke Penang seolah2 macam pulang ke kampung halaman Mas kat Sandakan. Rasa dekat hati ini….
Kami sampai kat kawasan pintu masuk Bukit Bendera sekitar 9 pagi. Awal lagi…tapi perut dah berbunyi. Malam semalam, tak sempat makan nasi sbb makan hati…hahahaha….dan akhirnya dapatlah juga Mas menaiki cable train yg selama ni hanya melalui media saja Mas nampak. So sweet….Apa lagi….aktiviti mengambil gambar dimulakan. Ketinggian bukit tu dalam lebih kurang 700 ++ meter dari paras laut. Perjalanan crawling by train tu mengambil masa lebih kurang 20 min. Cantik sungguh pemandangan kat atas tu. Walaupun tidak la segah seperti Genting Highland, tapi kredit juga diberikan sebab masih banyak kawasan hutan yang terus dipulihara.. dan kabus menyelubungi sekitar kawasan.
Mas mencari kawasan food court. Hermmm….Mas memang tak puas hati dengan food court kat sini. Bukan Mas nak memburukkan kawasan terkenal ni.. tapi keadaan kat sini agak kurang meyakinkan nak makan. Auntie2 yang berjualan kat situ tu agak kurang mesra pelanggan. Lagi satu, rules yang ada kat situ tu memang agak ‘kasar’. Entahla kenapa kawasan pelancongan yang terkenal tu bleh jadi cam tu. Pastu, salah sorang kawan Mas cerita, makcik yang jual nasi kat situ tu menggunakan cara yang salah dalam penyediaan makanan. Ada member minta nasi goreng ayam. Kebetulan kawan Mas sedang berada kat belah luar kawasan dapur tu. Boleh tak … makcik tu amik nasi goreng siap sedia masak, then amik ayam yang dah siap kena goreng…pastu racik2 kan dalam nasi goreng dengan menggunakan tangan…oh! gOsh! Mas tak dapat nak describekan lebih baik, nasib baik Mas hanya tempah nasi lemak…nasi lemak dia best…dan tidak ketinggalan Mas tempah sekali Laksa Penang...







Nak juga orang jauh nak merasa Laksa Penang yang pure ni… mungkin dah terbiasa dengan Laksa KL , sedap lagi Laksa KL kot…tak pun Laksa budak2 rumah yang selalu masak kat rumah Mas kat Balakong ni….heheheh….Long story short, Mas tak teruja nak makan banyak kat situ. Pastu tu pulak siap ada papan tanda (or sumtink cam tu la) tak bleh bawa minuman dari luar untuk minum kat situ, kalau tak akan dikenakan cas RM 5!!!! Itu yang buat Mas blur…kalau ya pun nak tarik pelanggan, tak payah buat signboard cam tu seolah2 macam makan kat kedai kongsi gelap..hahahaha…. Siap Mas snap gambar lagi. Ya la….dah banyak tempat Mas pergi dan makan, tapi tak pernah rasa keadaan cam ni… dah la auntie2 kat situ layan kitorang cam gangster je….heheheh….tau la tempat korang, tak perlu tunjuk skill kongsi gelap kat kitorang. Maybe dorg tgk budak2 yang makan kat situ tu kebanyakannya foreigner kot. Mas bukan nak kondem kawasan makan tu, tapi rasanya kadar layanan tu biarla pada landasan yang betul. Bukannya berlagak macam bukan kedai kongsi gelap….opsss…statementtttt!!!!!!!!!!!!!!
Mas tak adalah sangat jalan2 kat atas Bukit Bendera tu, sebab emosi Mas dah terganggu oleh kejadian masa makan kat foodcourt tadi. Ehheheh… Makan tu penting kan… Last2 Mas hanya beli kekacang dan muruku kat gerai mamak tu….okla juga….dan tak ketinggalan minuman 100plus…tak adalah badan rasa lesu sangat.
Cik Lala sempat bergambar ng ular sawa….huhuuhuh…geli giler Mas rasa masa pegang ular tu. RM 5 je….cukup 4 shot yang Mas dapat….ehheheh…pastu kami semua pun turun semula ke stesen kat bawah Bukit Bendera.
Seterusnya kami ke Kek Lok Si Temple…kat sini org panggil Pagoda ke haper….ntah….best juga, banyak souvenior yang dijual. Sempat la juga Mas beli tempat tisu dan kipas. Agak bengang juga, sebab tempat tisu yang Mas beli sebenarnya Mas bleh dpt harga dalam RM 4 sebuah.. dan masa kat mula2 pasar tu Mas beli RM 8.. punyala frust…kalau tau cam tu, Mas beli 4 buah…huuhhuhu…rugi2….Mas tak tau, tempat tu boleh tawar harga gila2….Mas siap jadi tukang tawar harga kat orang lain…heheeh….pengalaman dijadikan teladan kan. Yang kelakarnya Cik Lala nak beli pedang samurai..hahahah….kat KL benda ni dalam RM 200++ jer….
.
Tapi kat sini dia buka harga bermula dr RM 100. bleh tak tawar menawar jatuh sampai RM 30 !!!! hahahah… tu yang cik Lala beria2 nak beli…tapi nasib tak baik, Lala tak dapat harga cam tu bila kitoang balik semula tempat perempuan penjual pedang tu.. bleh pulak dia tak mengaku dia tak letak harga RM 30 tu…aisehhh…siap tunjuk muka kongsi gelap lagi…hekhekhek…..
Nampak sj bukit tokong tu macam tinggi, tapi sebenarnya tak ada la sangat. Tak penat sangat nak daki, maybe emosi nak bershopping tu sangat baik kot.. tapi yang tak best, Mas rugi sebab tak sampai kat kuil yang paling atas sekali, sbb Mas tak tau. Rupanya ada pemandangan yang cantik kat atas tu selain dari senibina bangunannya yang terkenal. Kat atas tu ada patung Buddha yang sangat besar. Dan Mas sedar, besarnya patung tu bila Mas sudah berada di bawah. Tempat mula2 turun dari bas. Hehehehe…..macam biasala…aktiviti mengambil gambar diteruskan. Herm….nak cari kedai makan, tapi nampaknya masyarakat cina mendominasi kawasan kat situ. Langsung tak ada kedai makan halal. Yang ada hanyala 7eleven. Apa lagi budak2 ni serbu 7eleven sebab masing2 dah lapar tahap dewa. Tapi Mas masih belum lapar. Hanya meneguk 100plus sahaja. Maybe kekacang dan muruku yang Mas makan kat Bukit Bendera tu belum dimesinkan di dalam usus-ususan Mas kot…ehehehhe…betul serius…tak ada sumber makanan halal kat situ….Bas pulak lambat..rupanya2 driver bas kitorang tu, Shankar tertidur terbabas dalam bas.. mula2 bengang juga kitorang. Rupa2nya dia tak tidur selama 3 hari sebelum tu, sebab asyik hantar budak2 p vacation…kredit to Shankar.

Kitorang pun pergi cari port makan, lagi sekali Mas rasa2 cam terkena…herm….kedai makanan Melayu. Maybe makanan lauk dah habis sebab Mas datang tu pun, dah petang… Setakat amik ikan sepotong dan tempe beberapa ketulll…boleh tak dia cas dalam Rm 3.80 !!!! Mahal seh….. yang buat Mas bengang, lauk ikan tu dah basi…hermmmm…..macam @!^*!%& !!!!! tak sampai setengah Mas makan….Bengang bertambah22222222 !!!!!!!!!!!! dah 2 kali makan tak best… dah tu orang yang terlibat ni memang tak mesra pelanggan atau pelancong. Dengan kebengangan, kitorang pergi ke Taman Kebun Bunga. Herm…tak adala interesting tempat ni…macam2 ala2 taman saja la…kat KL belambak…hehehe…yg menariknya, monyet2 kat situ biarpun kecil tapi menakutkan….hahahaha…geli hati bila tgk budak2 vacation ni amik gambar….heheheh… no komen ar…. Masa tu hujan renyai2 saja. Mas dan Cik Lala tak bermood sangat nak teroka tempat tu.. hhuuhuh..perut lapar gila…nasib baik ada gerai burger kat situ. Bedal burger je la…fuhhhhh….kenyangggg….!!!!!!!!!!!!
.
Selepas dari Taman Kebun Bunga, kitorang pergi ke Pantai Batu Feringgi….hermm…apsal Mas tak teruja sangat ng tempat ni?? Padahal sebelum ni, memang betul2 nak pergi..maybe sebab faktor pantai ni terletak kat kawasan laut tertutup kot.. Bosan..dah la angin kurang… Mas dan Cik Lala just lepak kat kawasan pantai saja….tapi jangan tak tau, Mas dapat naik kuda…yiha!!!!!!!!!! Macam nak terjatuh saja bila menunggang kuda tu…dah la masa naik tu susah sangat sebab takut dan berat badan yang comel ni…. Akhirnya dalam seumur hidup Mas ni, Mas dapat naik kuda yang bernama Black ---- lupa lak nama belakang dia tu…tapi kuda tu manja… Cik Lala dapat naik kuda org siam…RM 20..hahaha…Mas dapat kuda org melayu, fees dalam RM 10 je…tapi bengang ng budak indo dapat naik kuda fees dalam RM 5 !!!!!!!!!..... tapi okla…at least…Mas dapat naik kuda….rasa kesian tgk kuda tu bila Mas tgk dlm pica Mas…. Hermm….kalau kuda Arab mungkin Mas tak kesian sangat, sebab kuda Arab besar… yang ni pulak kuda Asia…agak2 sakit tak belakang dia tu bila menampung jisim Mas yang ‘tak seberapa’ ni…sesungguhnya Mas memang penyayang haiwan…heeheheh… jangan tak tau, petang tu Mas dapat capture sunset yang sangat cantik…huhuhuhu…bengang lagi sekali sebab, bateri cammy Mas ni low…sib baik ada cammy lagi yang satu…hehehehe…


tapi pantai Batu Feringgi ni juga pernah mencatat kematian mangsa masa Tsunami Acheh beberapa tahun lepas. Mereka kata, mereka nak tgk sunset, tapi Mas dan Cik Lala, mencilokkan diri ke cyber café yg ada kat situ…hehhehe…dah lama sangat tak kena cas RM 3 ni…..rupa2nya local dikenakan RM 3 dan pelancong asing dikenakan RM 5 .. fuh! opsss!!!!!!!!
Masa kat CC tu sempat la juga Mas online YM…heheheh….dan cek email….dan Mas sangat hepi bila registration Mas untuk domain website Mas dah berjaya dilancarkan ke alam cyber… nama website Mas ialah
www.lilparade.com …. Ada kisah di sebalik pencarian nama untuk website ni…akan diceritakan kemudian di masa depan.
Gelak je budak2 vacation bila dapat tahu Mas pergi CC. sebab ada antara yang tau Mas memang pelayar internet yang sangat setia…ahhahaha….. Dan malam itu kami menuju ke Padang Kota untuk dinner.
Bila sampai ke Padang Kota, terus Mas terkenang Bandar Sandakan. Sebab kat sebelah food court ni ada kawasan tempat melepak sama seperti kat Tembok Sandakan. Menghadap laut ….. Mas dah pernah menghadap laut Sulu, Laut China Selatan (ke arah barat) dan yang terbaru Laut Selat Melaka dan hampir sikit ke lautan Hindi.. hehehehe….Biasalah…penggemar laut dan tinggal di Negara yang dikelilingi lautan. Dan kini Mas merancang nak pergi ke kawasan timur semenanjung Malaysia, nak menghadap Laut China Selatan ke arah Timur !!
Masa makan kat food court tu, terasa sikit bengang…bengang lagi ke..eheheheh….nasi goreng kat situ sedap la juga…. Cuma kerang bakar dia tak best…
hehehhe…..tak rasa fresh dah…tak sesedap masa makan kerang bakar kat Seremban 2, Seremban bersama Delfi tahun lepas… penyediaan menu kat situ tak best. Lepas tu tempah ABC, hermm….lagi sekali, ABC kat seksyen 3, Shah Alam lagi superbbbbbbbbbbbbb!!!!!!!!!!!!!!
Apapun malam tu Mas kenyang la juga….hehehehe…..abis dah tak ada pilihan kan…bedal je la… Pas dinner g Cik Lala, Delfi, Sudirman dan Fitria, kitorang pergi lepak kat tempat seakan2 Tembok Sandakan tu…oh! Rindu kat Sandakan…. Dan lebih kurang 10.30 malam, kitorang berangkat pulang ke KL … Dan Pualu Pinang, Mas tinggalkan dengan senyuman..sinis…hehehhe…tak adala…keseluruhannya ok…Cuma banyak condition yang perlu dibaiki…sebab bagi Mas, Penang ni hotspot terkenal kat Malaysia juga…Dan Mas sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 3.30 pagi. Penat tetapi sempat mandi…Pulau Pinang…aku sudah di sana….

0 comments: