Thursday, May 24, 2007

OT oh OT

*PICA YANG TELAH DI'ADOBE KAN...EHHEHEHE*
.

huhuuu...Penatnya aku rasa..
Dah 3 hari aku direct OT kat opis..banyak sebab aku OT ni.
.
1)ofkos la aku nak kumpul duit [dah lama tak rasa duit banyak]
2)aku nak elakkan memikirkan benda2 yang sakitkan 'otak'
3)strimix kat rumah dah kena 'cut [padan muka!]
4)banyak keja kat opis
5)tak mau buang masa hidup aku dengan tidur sebanyak 9 jam sehari
.
Letih tu letih la juga. Tapi aku dah lama tak cabar diri aku ni.Erm..ntahla..apa motif sebenarnya aku OT direct ni. Nak katakannak kumpul duit?? KWSP aku mengantoikan segalanya. Benci betul aku!Makin banyak aku OT makin tu la banyak KWSP ni potong. Aku tau lersimpanan ni untuk hari tua [katakannnn...] Tapi taraf hidup makin tinggi. Barang2 makin mahal, apasal KWSP tak nak turunkan % yer..Bosan betul! Bila tgk slip gaji, erm...berhempas pulas, tunggang langgang aku kejar OT, tp ciput sj yang aku dapat. Bukannya tak reti nak bersyukur, tapi keadaan semasa yang memaksa aku membuat entrysebegini rupa!!
.
Nasib baek la aku tak banyak kos hidup kat Balakong ni. Kos nak belibaju tu tak banyak sangat. Malahan ada lagi jeans aku beli 3 tahun lepas, yang aku masih belum nak pakai.
.
1) Abis g keja pakai baju unipom [aku minah kilang ok!].
2) Kos kenderaan pun tak ada.. hari2 aku 7.05 pagi aku berlari2 anak ke tempat nak tunggu bas.
3) Aku tak merokok [lelaki dan pempuan skrg ni lebih kurang je kalau pasal rokok!].
4) Aku tak g clubbing,
5) Aku tak kluar g dating [sebab orang tu tak ajak],
6) stimix aku dah kena cut,
7) Aku punya shopping barang keperluan below rm150 je sebulan,
8) Isi prepet aku rm30 je sebulan
9) Sewa rumah termasuk api air dalam rm130 je sebulan,
10) .... apa lagi eh....entah
.
apasal aku rasa duit aku tak cukup? MEMANG LA TAK CUKUP SEBAB GAJI KO MEMANG KECIK!!!!isk...ginila nasib...suruh belajar bagus2, aku buat 'bodoh' je [padan muka]tapi aku dah terpilih jalan hidup cam ni kan, menyesal la mas :))Herm...sejak akhir2 aku asyik pikir mana nak cekau duit. Banyak benda aku nak buat dengan duit tu[termasuk la hutang-hutang duniawi aku]..kadang-kadang aku jadi jenin jaP..
.
1) bestnya tak payah kerja, tp ada duit banyak
2) tiba2 jumpa duit byk kat tepi bank [hasil rompakan kot, perompak tu terlupa]
3) ada orang baik hati bagi duit kat aku [nah mas!amik buat belanja...opps!]
4) menang jekpot ke?? [isk...isk...]
5) aku masuk Af jadi juara, menang keta, rumah, duit, g melancong, dpt jadi glemer [tak ada bakat)
6) hutang2 aku 'dihalalkan' je ... [heheeh ptptn ke...tak banyak... rm21k je]
7).....
.
tp hidup ni bukan semata2 untuk duit ar..lain org lain 'giler'nyer...hehehe

0 comments: