Monday, May 28, 2007

Peterpan at The Ruums and me.

*minah ***** yang mengganggu emosi audiens sekitar*

*bangga tul aku ng picca ni..cantik je cahaya tu..cuma cammy aku je yg **** T_T*

*dekat betul aku ng Ariel...tgkla kaki dia ni..bukan zoom ek! *


*oh!*


*heheheh*

*merah*


*ariel lagiks*


*penuh perasa'han*

*ramai seh*

*press dari Indo*

*sebelum aku masuk...*


Hari Ahad. Aku just duduk kat rumah. Sesambil layan lagu kat pc, Siang tadi aku basuh baju. Fuh! Dah lama tak basuh baju ng tangan, kali ni dah darurat sebab mesin basuh kat rumah aku ni dah rosak. Oh! Penat. Tapi akhirnya aku berjaya la juga. Pagi tadi aku bangun sekitar 9 pagi. Semalam adalah hari offday kat kilang. Tapi aku turun kerja pada pukul 12.30 tengahari. Serba salah aku terasa. Kalau aku tak turun, karang dikatakan tidak buat persediaan untuk ISO, tp bila aku dah turun ni, ada pulak yang sound aku apasal lambat. Hermm…salah aku. Ala yang penting aku dah pergi pergi bergembira ng kawan2 aku semalam.
Jumaat lepas, aku g tgk showcase Peterpan, kat The Ruums, KL. Fuh! Sesak seh! Tapi kali ni aku bernasib baik, sebab aku dapat tempat paling depan, even kat bucu pentas. Tapi Ariel balik2 berdiri depan aku…hahaha….bila2 masa aku nak jangkau kaki dia tu..sebab jarak dia ng aku tak sampai 1.5 meter. Kalau dulu masa konsert aku berada 6 meter dari dia, kali ni betul2 depan mata aku. Ehhehehe….bangga seh! Showcase kali ni kira macam gathering ng kawan2 aku juga. Tahun lepas aku dan Lala, pergi tgk konsert besar dia kat Stadium Merdeka, KL. Lepas tu aku dapat kenal ng Effa, Atie, Karen dan ada lagi sorg kawan Karen. Tak sangka lak, selepas saja konsert tu, Karen dan kawan dia tu masih lagi keep in touch ng Lala. Hermmm…..well, Peterpan menyatukan persahabatan. Kira best juga kluar ng dorg ni..memang havoc!
Selepas waktu kerja, aku bekejar ke KL dari Balakong. Naik tren kemudian, jumpa Ejan kat KL Sentral. Mak aih! Aku lagi awal dari dia sampai kat sentral….dia kan duduk kat Vista….hehehhe…pas beberapa lama aku tunggu dia, dia pun datang [ng imej baru dan high hill dia]. Hehehehe….pastu aku ajak dia naik teksi, tapi malang betul buang RM 9 lepas beli tiket teksi, sebab aku tak tengok barisan punyala panjang kat tempat tunggu teksi di Sentral tu….ala kira buang malang je la…aku dan Ejan [dia lari2 pelan je] heeheh bekejar ke Stesen Monorail menuju Stesen Jalan Raja Chulan.
Aku fikir kitorang dah lambat. Rupanya show tu start kul 10 malammmm !!!!! grrrr….gerammmm…. tapi tak apala…aku dan Ejan melenjan kat CC, tingkat bawah bangunan The Ruums tu. Ekceli aku lapar masa tu, aku pun pegi la beli junk food kat kedai kecil berhampiran kat situ. Bleh tak, mineral dia harga RM 3 !!!! KLIA pun tak macam ni…mahal gila babas! Aku boleh beli 2- 3 botol tau dengan harga tu. Memang apek tu saja letak mahal dengan target dia kat foreigner… gila babas punya apek…. Selepas je aku melenjan ng ejan kat cc tu, aku naik ke atas The Ruums. Herm… dalam hati aku ni menyampah betul apasal la orang2 yang datang ni menghalang perjalanan aku naik ke atas ni. Rupanya2 memang dah dorang kena suruh beratur.. geheeeehe…itu pun selepas Lala bagitau… hehehe patutlaaa…..Lama la juga kitorang tunggu… sesambil borak2 ng dorang ni, aku amik gambar… tiba2 aku nampak Huzz [wartawan kat URTV].. tiba2 budak2 ni panggil dia…aku kata kat Huzz, bleh tak amik gambar kat dia…bleh pula dia offer dia nak amik gambar 2 orang dan intibiu sekali…ehheheh….segan pulak aku…dia pun berlalu.. tapi tak lama selepas tu, dia kembali pada kitorang…dia tanya sapa tadi nak bergambar ng dia, tapi kena amik gambar dulu single-single..budak2 ni tunjuk aku plak…hahahaha…gila….Huzz pun suruh pembantu [kot] amik gambar aku….hahahah…….pastu dorg amik nombor telefon aku.. Aku pun bergambar ng Huzz…kekekek….ni la kali pertama aku amik gambar ng orang2 dunia seni ni… Thanks Huzz~~
Malam tu, aku bertemu semula ng Peterpan…[cis! Ayat!] Mula-mula Farah Fauzana kluar sambil buat kuiz dan promotion Celcom. Tapi pica FAFAU tak ada yang best. Pastu barula Peterpan masuk pentas. Ada 2 orang baru dalam band tu. Uki malam tu, aku tengok, tak sehensem masa konsert tahun lepas. Lukman cam biasa saja… Tapi guitarist baru [tak kompom] tu sangatla kiut. Ada iras2 cam Yazer AF3. Show dorang malam tu agak ok… Cuma kadang2 sound system dia agak ‘pecah’ dan suara Ariel agak tenggelam. Yang bikin bengang, kat sebelah aku [nasibla ada tangga stage..]…minah2 Indon ni bikin bingit telinga aku…sampai tak ada mood aku dibuatnya…gitu juga ng kawan2 aku…jerit sampai buat orang lain bengang….nasib baik la aku dah snap gambar dorang….hahahaha….amik kau!!!
Malam tu ada 8 lagu Ariel nyanyikan. Budak2 ni siap hafal lagu dorang lagi. Aku rasa dorang je la yang nyanyi masa ari tu…heheheh.. budak Indon tu pun tak hafal cam kawan2 aku ni. Ada 2 lagu lama [yang ni aku hafal ler] dan 6 lagu baru. Tapi so far, show memang best. Kira2 kul 12 lebih show pun habis…sempat juga la aku terpegang salam Ariel. Heheheh suam2 panas je…malam tu aku tumpang rumah ejan kat Vista. Seronok juga stay kat situ. Aku dah lama nak cari rumah tinggi ni. Padahal aku ni takutkan ketinggian. Tak sangka lak aku bleh stay tingkat 11 kat Vista tu.
Malam tu Su ada. Heheheh….aku, Ejan dan Sue tidur kat ruang tamu. Aku tak tau pukul brapa dorang tidur.. sebab aku tau aku dah tertidur lagi awal dari dorang. Pemandangan pagi kat KL memang cantik. Sempat la juga aku snap pica awal pagi dari Vista tu. Aku pun balik Balakong. Sempat tidur 1 jam dan pegi opis kul 12.30 tengahari. Arghhh bosan aku nak cerita pasal opis…..apapun…. hari ini hari yang cerah. Dan aku suka!

1 comments:

Sofira said...

salam ziarah, mas