Monday, April 23, 2007

Tribute to Tsunami Survivor, Ari Afrizal.


'Dia dikatakan manusia yang ditakdirkan mempunyai takdir kehidupan untuk kali kedua. Siapa pun dia, dia merupakan pilihan Allah, Allah Maha Berkuasa di atas segalanya."
.
So long Ari... Ada ketentuan tentu kita akan berjumpa lagi. Di suatu ketentuan yang sudah ditakdirkan. Dan Mas pasti akan berkunjung ke sana, untuk melihat sesuatu yang 'sama' tentang kita. InsyaAllah. Dulu semasa belajar, Mas hanya melihat beliau di layar media, mendengar saban cerita tentang Tsunami Survivor. Betapa gerun kuasa Allah tentang masa lampau. Mas melihat beliau dengan penuh keinsafan. Entah! Terasa begitu kerdil melihat ketentuan Allah. Dan sedikit lampau, sekali lagi Allah menemukan Mas dengan manusia yang ditakdirkan bagaikan hidup untuk kali kedua. Ari Afrizal. Memang Mas tak sangka akan menemui beliau di tempat Mas bekerja sekarang. Dan kali ini, Mas menghasilkan entry tentang beliau. Ari pemuda berdarah Acheh, nice simple guy, and also has a nice attitude, merupakan rakan sekerja Mas. Sungguh tak sangka kan!
.
Kami bertemu di Malaysia. Sungguh kecil dunia ni kan. Sebenarnya beliau datang bekerja sejurus selepas Acheh dilanda Tsunami sekitar awal tahun 2005. Dan Mas mula bekerja di tempat ini penghujung 2005. Sejak dari hari itu, kami berdua ditakdirkan menjadi kawan. Mula-mula terasa segan. Segan. Dan, segan. Maklumla, batas-batas sesama manusia itu sentiasa wujud. Tapi dia ni ok. Dan minggu lepas, kontrak bekerjanya sudah tamat dan beliau tidak berhasrat untuk menyambung semula kontrak tersebut. Jumaat lepas, Mas dan budak Team Sales telah membuat satu farewell lunch kecilan bersama beliau di KFC, Jaya Jusco, Cheras Selatan. Sebenarnya ada pic semasa farewell lunch tersebut. Tapi tak sempat Mas nak upload sebab kamera yang Mas pakai tak ada cabel (pinjam kakak punya cammy, sbb dia pinjam cammy Mas). Sebenarnya majlis kecilan itu juga adalah untuk sorang lagi pekerja seperti Ari. Budak Nepal iaitu Narayan. Dia pun akan balik ke negara asal tak lama lagi. Narayan dan Ari adalah rakan sekerja satu department. Seronok dapat kenal mereka berdua ni. Dan opkos, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan antara kami.
.
(dari kanan: Narayan (Nepal), Inne, Ari dan Delfi (all are Indonesians) dan Ganesh (Nepal).
.
Kedua2 picca yang ada kat sini diambil semasa kitorang telah membuat majlis dinner department kat Restoran Sabai-Sabai di Mines Shopping Centre. Dan lokasi picca ni adalah tempat main bowling. Pas dinner p main bowling pulak. Seronok mendapat kawan dari negara luar ni. Sekurang2nya otak tak la berkampung pada satu tempat saja kan. Walaupun kadang2 bahasa menjadi perbatasan komunikasi, tetapi kami semua berdiri di bawah satu bumbung, iaitu, persahabatan. Terima Kasih Allah.
.
Malam semakin larut. Sebenarnya ada entry lain yang Mas nak buat. Tapi mata dah tak larat dah. Kepada Ari Afrizal, selamat menempuhi kehidupan ini. Kita pernah bernafas pada udara yang sama. Kalau ada ketentuan, Mas akan melawat anda di sana. Sampai jumpa lagi, teman!
"26hb Disember 2004 : adalah hari berlakunya Tsunami Acheh dan merupakan hari jadi Mas yang ke 24tahun."

1 comments:

Anonymous said...

Well written article.