Monday, April 16, 2007

Back To Basic.

Hari ini permulaan hari kepada sepanjang minggu ini.
.
.
Selama 2 hari Mas bercuti. Bercuti pendek dan satu kenormalan pada hujung minggu. Sabtu hanyalah offday bagi company Mas. Dan percutian kali ini cukup membuat Mas berubah secara drastik. Sangat drastik. ok! Mas tak nak sakit hati. Mas mahu menjadi manusia yang sabar..sangat penyabar. InsyaAllah, semoga Mas terus tabah.
.
.
Mas menyesal. Lebih-lagi bila mendapat tahu mak di kampung sedang sakit. Sakit darah tingginya menyerang lagi. Terasa-rasa semasa di ofis tadi Mas ingin menangis. Lantas teringat kat mak. Kat bapa...mereka berdua yang sudah berusia. Terasa penyesalan yang sangat2 memilukan. Dan Mas di sini, hampir terkulai menyembah bumi meskipun kaki sudah tidak bermaya. Sangat sakit keadaan ini. Dan ini memilukan.
.
.
Bila mana, diri Mas ingin cuba menjadi jujur. Tapi rupanya jujur itu menjerat. Hati Mas terjerat. Tetapi Mas tidak menyesal. Tidak menyalahkan keadaan. Jarang sekali hendak melawan takdir. Kerana ini jalan hidup yang Mas pilih. Tidak begitu indah tetapi cukup memeritkan. Satu keadaan yang akan Mas ingat sampai bila2. Ketika Mas takut, hanya kekuatan yang sedikit ini menjadi pemampan langkah Mas yang keseterusnya. Salahka menjadi jujur? Dan jujur itu yang terjerat oleh ketawa2 manusia di sekeliling ku. Dan itu SAKIT.
.
.
Semalam jasad Mas di tengah Kuala Lumpur. Tetapi fikiran menjauh. Entah. Menyesal?
.
.
Biarkan keadaan itu pergi. Iringinya dengan senyuman sinis.
.
.
Oh! Delfi, rakan sekerja Mas hari ni MC. Kesian, disyaki mengidap demam denggi. Dan hari ini test blood akan kluar. Kesian. Datang jauh merantau. Tapi sakit2 tu biasala. Cuma diri kena perlu jaga. Hari ini kat ofis tak adala perkara yang menarik sangat. Tapi badan terasa lesu. Terasa lucu peristiwa semalam. Semalam yang hangat!
.
.
Malam ni pulak, Mas layan konsert AF5 minggu ke 5. Herm...sesekali baca blog para blogger AF5 ni. Heheheh....lucu pula...manusia! manusia! Ada yang membuat entry ikut suka hati usus saja, ada yang menggunakan akal dan buah fikiran yang bernas, ada yang menggunakan tutur kata yang bleh mnarik sejumlah para pembaca....pendek kata, semua entry yang dibuat adalah mengikut pandangan dan pemerhatian yang dibuat sendiri. Mas paling suka membaca entry kat blog http://sultanmuzaffar.blogspot.com Beliau beruntung kerana blog itu blog berbayar dan dibayar oleh astro...hehehehe..penggunaan ayat cukup kemas dan mudah difahami. Mungkin mengikut protokol yang ditetapkan. Ada sebilangan blog yang lain menggunakan kata2 kesat dalam penghasilan entry....erm....pastu dirojakkan dengan bahasa lain (bahsa english + bahasa kasar + bahasa kesat). It sounds and looks stupid. hahahahaha...agaknya nak menarik pembaca kot. tapi kat blog yang Mas sebutkan tadi mencapai hits komen hingga 6++ sumthink. Menarik! Sejak 2, 3 menjak ni Mas sentiasa mengikuti perkembangan AF 5 ni...Heheheh..dah ada kemudahan kan! Biarpun tidak merasai suasana konsert, termasukla melalui astro ataupun siaran secara langsung, tapi Mas bleh tgk kat www.youtube.com. wow! Maklumat berada di hujung mouse anda dan berinternet lah sehingga LEBAM dengan kadar bayaran RM 66.00 sebulan...hehehehe....pastu ada juga pengguna free..BENGANG..
.
.
Sepanjang hari ini, udara terasa lembab. Tengahari tadi hujan lebat. Best gila...Pastu sebelah petang pulak. Pastu pulak sebelah malam pun hujan...HUhhuhuhu....kadang2 Mas terperasan kalau la hujan itu berupa salji ke...hehehe...mesti Mas dah pakai baju sejuk atau baju bulu bulu ke...Tapi alhamdullillah..Malaysia kan khatulistiwa...panas dan lembab sepanjang tahun. Lewat petang td, Mas sempat berchatting dengan Bro The Rock (http://theonlyrockhead.blogspot.com. Memang Mas dah selalu chat ng dia.. Dan so far, dia ok la...Mas dah kenal cyber ng dia sejak dia keja dan bawa family bersama kat UK lagi. Hari ni topik kitorang pasal bunga kertas. Hahahaha....teringat masa dulu Mas pernah berniaga semaian bunga kertas.. Best apa...kalau ada peluang, Mas nak cuba market kat sini. Mas rindu keadaan kat kampung. Tidak sesak! dan Tidak menyakitkan! wow! buka nursery ke? hahahaha....Mas suka tumbuh-tumbuhan dan binatang. Hope so, suatu masa nanti Mas nak ada sejumlah ruang yang bleh Mas buat kebun bunga dan sekali dengan penjagaan binatang...ehheheh...mesti seronok..pastu tu pula ada cammy idaman..hai!!! Impian. Tapi tak mustahil kan?????
.
.
erm...ada lagi sejam setengah sebelum pukul doblas tengah malam. Rasanya Mas nak buat 5s kat bilik ni...tak settle2 lagi. Dan pukul doblas mesti tidur. Nak ejas balik masa Mas ni.. Dah tak stabil dah!...ehehhe...oh ! Dunia! Dunia!

1 comments:

Anonymous said...

Bro Rock tu okay ke? Mcm menarik je dia tu.