Thursday, April 12, 2007

Gemuk.

Gemuk.
>
<
2 hari lepas Mas menerima emel dr ofismate Mas. Kurus melampau atau dalam bahsa hari ni, aneroxia bulimia, menarik perhatian untuk Mas buat entry kali ni. Naik takut tgk gambar2 dalam emel tu. Dan sebahagiannya Mas edit untuk dimasukkan dalam entry kali ni. Hilang keistimewaan setiap lekuk pada wanita2 yang ada dalam gambar ni. Begitu juga kepada wanita di seluruh dunia yang mengamalkan cara diet yang bahaya ni. Mungkin mereka obses dengan tubuh badan mereka, disebabkan itula mereka tidak yakin dengan saiz mereka.
>
<
Mas pernah terbaca byk bahan bacaan pasal aneroxia ni. Dan ianya amat menakutkan. Mas rasa bersyukur, biarpun Mas bolehlah dilabelkan sebagai golongan yang berisi overload ni, tapi sekurang2nya Mas boleh mengawal kesihatan. Kurus dan gemuk sama saja keadaannya. Sekiranya kita tidak pandai menjaga diri, penyakit sangat senang mendatangi dalam diri kita. Mas masih ingat, semasa di kampung Mas di suatu petang yang indah.
"Mas, apasal la ko ni gemuk sangat?" Makcik kurus tu dengan senang hati bertanyakan soalan ceputembaga kepada Mas. Mas rasa tersentuh. Sekiranya Mas mempunyai plihan, sudah pasti Mas memilih tubuh badan yang sempurna di mata orang lain. Tapi inilah Mas.
<
>
G.E.M.U.K
>
<
Kebetulan masa tu, bapa Mas ada di sebelah Mas. Selamba sj dia bagi jawapan kat makcik tu.
"Tu tandanya makbapa dia cukup bagi makan"... Mas terkebil2 mendengar statement bapa Mas tu. Ternyata bapa juga memberi perhatian terhadap soalan 'pandai' Makcik tadi tu.
<
"Asalkan saya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, makcik. Orang lain kurus, macam2 penyakit datang. Gemuk kalau tak pandai jaga diri pun senang dapat penyakit." Mas cuba bersikap nuetral la katakan. Padahal dalam hati.......
>
Dulu, Mas selalu tidak yakin pada diri sendiri. Disebabkan kegemukan Mas, Mas menjadi seorang yang pasif pasal penampilan diri. Tapi dalam bidang manusia yang lain, Mas cukup suka bersaing. GEMUK is not a big deal. As long, Mas menerima keadaan diri Mas. Mas tak nafikan, Mas juga ada berusaha untuk kurus. Maksud Mas, kurus dengan tubuh badan yang ideal la katakan. Siapa taknak kelihatan cantik dan tidak dihina sebagai GEMUK kan? Mas selalu senangkan hati sendiri (habis, nak tunggu sapa?), bahawasanya ciptaan Allah itu sangat indah. Dan diri Mas, dijadikan begini bersebab. Pasal aneroxia tu, Mas rasa Mas tak perlu mengamalkan cara hidup yang macam tu...menderita...dan tak sedap kena peluk...hahahahahha...
<
Bila tiba bab baju.....Mas terkedu. Memang susah nak cari fesyen yang sesuai. Mas pula bukan mampu nak sediakan mentenens yang sepatutnya. Dan perkara ini mem'frust'kan Mas. Macam biasala, Mas sentiasa senangkan hati sendiri. Bersyukurla seadaanya. Tapi sebenarnya, Mas "sakit hati" skrg ni. Apa taknya, budak2 rumah Mas pandai masak. Takan nak tolak rezeki depan mata kan. Makan...dan bila dah kenyang ular sawa, apa lagi...TIDO la jawabnya....salahkan kawan2 Mas sebab menolong Mas menambahkan jisim Mas ni.....hehehee...
Untuk kawan2 yang 'seangkatan' dengan Mas di luar sana, bersyukur dengan jisim kita ni, yang penting kita tahu tingkat mana tahap kesihatan kita....

2 comments:

TheOnlyRockHead said...

Syukur, itu salah satu sifat yg mulia tetapi ramai yg pandai menyebutnya tetapi tidak mempraktikannya.

Hampa sekiranya hidup kita tidak pandai lansung bersyukur dgn pembearian ALLAH SWT.

:: masze-san :: said...

s.y.u.k.u.r pada Allah SWT yang mencipta diri mas.