Monday, April 9, 2007

Cinta dan Geram

10 mlm.
>
Mas penat. Baru balik dari minum malam dgn kawan2 Mas. Salah sorang ajak Mas untuk minum bersama. Sekadar segelas teh limau suam dan segelas teh limau ais (motif kena sponsor). Sejak akhir2 ni Mas memilih minuman limau teh ni untuk tujuan menjaga kesihatan. Lagipun sekarang cuaca tidak menentu. Teh limau boleh mengurangkan panas dalam badan. Petua!
>
Hari ini hari Isnin. Permulaan hari bekerja untuk minggu ini. Kat Johor, negeri mereka tengah bercuti. Hari keputeraan Sultan Johor. Dat's y supplier untuk kilang kat Johor ari ni, Mas tak dapat hubungi. Ini kerana (kalau mengikut rutin), Mas akan call mereka hari2 untuk dapatkan report dan urusan rasmi.
>
Hari ini Mas menerima mesej org demam cinta. Bukannya demam ng Mas. Tapi krisis antara 2 pihak. Hai! Dunia! Dunia! Si Lelaki Dan Si Perempuan. Isk! Mestilah. Lelaki diciptakan untuk Sang perempuan. Dan begitu la sebaliknya. Dan sudah pasti tidak akan ada lebih dari hubungan tersebut. Dan, SONGSANG ada nama untuk mereka yang lebih tertarik kepada rakan sejenis.
>
Berbalik kepada soal pasangan tadi. Kedua mereka adalah kawan Mas. Entah! Mungkin semalam mereka krisis. Mas tak salahkan mana-mana pihak. Biasala manusia sentiasa mengalami proses perubahan hidup kan. Sudah pasti kadar emosi kedua belah pihak itu tak sama. Cara kita menunjukkan kasih sayang kita terhadap pasangan kita adalah berlainan. Jarangla kita dapat melihat pasangan yang bahagia together-gether poreber!
>
Si Lelaki mengirim sms kepada Mas. Mengadu bahawa Si Lelaki menyesal atas perbuatannya kepada Si Perempuan. Berjanji akan lebih bertanggungjawab kepada pasangannya......tuttt....tutttt......Mula2 Mas menjadi blur. "kenapa pula aku yang menjadi tempat menabur perasaan?"..Tapi Mas menerima perkara ini secara positif sajala. Ragam orang tengah bercinta kan. Memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan yang ter'hide. Dan Mas menjadi di antaranya.....
>
Kisah si Perempuan. Dia selalu menceritakan perihal si Lelaki....Mengadu....dan Mas hanya mendengar. Sesekali terlampias kata bebelan dari Mas....sesekali terlontar perkataan SABAR kepada si Perempuan...dan selalunya Mas lebih banyak membuat pandangan kosong....hehehhe....Kedua2 mereka ni masih dalam peringkat perkenalan tata budi diri. Dan Mas pasti, masing2 sudah paham whut shud they do and don't....CINTA! CINTA! Ada Apa Dengan Cinta?
>
Mas sendiri tak tau. Apa yang patut kita lakukan bila kita mendapat cinta? Mas tidak berpengalaman luas dalam bidang manusia yang satu ini. C.I.N.T.A...Mas mungkin tidak berpeluang berkali-kali mendapat peluang bercinta dengan pelbagai manusia.... Dan Mas tidak pernah berniat untuk merasai cinta yang berkali-kali ini. Biarpun sekarang ini, Mas tengah dilamun musim bunga cinta (bukanka musim cinta sepanjang tahun)....tapi Mas belum faham tentang perihal cinta ini. ...sepenuhnya....Mas aku, Mas pernah melalui takat kehidupan yang paling indah. Tetapi Mas tidak berpeluang untuk memiliki...dan cukupla sekadar melaluinya...itu sudah lebih baik dari langsung tiada. Sebagai panduan kehidupan di masa akan datang. Berhati-hati....Tapi, dalam masa yang sama, Mas tidak menolak takdir Mas.
>
Kadang2 agak janggal kehidupan mempunyai kekasih. Bersiap (berdandan tp muka menten hodoh), menanti si dia, kluar bersama si dia, makan malam, berbual....etc....balik ke rumah masing2....Biasanya seminggu sekali....bergayut kat telefon (bil melambung setinggi bintang), berbalas SMS...itu belum lagi bila musim bergaduh....longlai, telefon dan sms tak berjawab (mula fikir negatif)...bila masa merindu pada si dia....la.la.lllla....la.....macam tu ke dinamakan bercinta? Mas tak tau....
>
Ada masanya, Mas rasa cinta itu best... tapi bila masa si dia tu ikut PERIOD sama, mulala menarik muka masam sampai nak pecah bumbung gerai pakcik deen Tomyam kat ujung blok rumah Mas ni...Mas pulak tak reti nak memujuk....Mula la Mas mendiamkan diri...tapi bila dah jadi cam tu, orang tu pula fikir Mas yang merajuk...hehehehe....(padahal menyampah nak mencari ayat nak memujuk)...Seronok kena pujuk ni!!!! Mas dipujuk!!!!! (dalam hati, gelak raja isketambola)....
>
Macam tu ke becinta??Alahai.....tolong la bagi pengertian yang sebenarnya. Mas tak nak buang masa untuk terus menerus buat benda2 cam tu....2 tahun? 4 tahun? huhuhuhu......mesti membosankan...Ke belum sampai masanya Mas nak rasa perasaan yang sebenarnya? huuuuuh.....rasanya antara bercouple atau single, mana satu yang lebih best....Tapi mak Mas pernah tanya:
>
" Mas, ko ni tak ada bunyi2 ada boipren. Normal ke tidak ni?"
bahsa negeri aku : "Mas, ko ni ndak ada boipren ka, betul ka nda ko ni?"
>
Cis! Mak Mas dah anggap Mas ni tak normal pulak. Mas hanya senyum sambil geram...Bukannya tak ada, tapi Mas belum sedia nak cerita...esok2 dah yakin, baru bagitau. Sabarla mak...kalau tak ada orang nak kat Mas ni, suruh mak carikan sj....hahahahahah (gelak cam bunyi desperados)...Hei! Mas tak desperate ya...Cuma Mas masih mencari arah tuju perasaan Mas ni...
>
.....aku sedang ingin bercinta karenaaaaa....mungkin ada kamu di sini.....aku inginnnnnnnn........
>
Entahla....Mas tak boleh olah lebih2...Takut pun ada.. Tapi bagi Mas, biarla perasaan cinta tu datang secara natural..bukannya paksaan...takut hati jadi bingung...dan perangai pun ikut bingunggggg....Tapi ada juga kawan2 Mas di luar sana masih bimbang, belum mendapat pasangan...ala....ingat best sangat ke bercinta ni? Dah la takut dengan Pak JAIS, financial pun bertambah, biarpun kos dating banyak ditanggung oleh Sang Sapurba...eh Si Lelaki...tapi kita yang perempuan ni terpaksa kluar kos nak beli baju, nak jaga mentenens diri (termasuk penjagaan rambut), lain lagi modal nak isi prepaid dalam hp....lalalalal....tu belum lagi , kalau si Lelaki tu buat perangai...dah la perempuan ni sensitif , asyik kena marah je....ingat senang ke nak senang kan hati sendiri???? sampai takat meloyah otak ni bila nak cari jalan nak memujuk....kalau makan pujuk tak apa, kalau yang suka merajuk berhari2 tu... pala otak!!!! ingat aku ni tukang pujuk? kalau berbayar sedap sikit cerita....hahahahha..material betul....eh! penat tau bila tiba bab macam ni....tapi sayang punya pasal la kan....(dalam hati ni, macam nak tembak torpedo je kat dia)....eh jangannnn.....
>
okla.....rojak betul Mas ni....entahla...mata dah ngantuk ni...nak tido.....selamat bersenang2 la yer.......
>
>
>
kepada Wan: MAS GERAM DENGAN WANNN!!!!!!!!!!!!!!

1 comments:

Anonymous said...

Genial fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you for your information.