Nak kata Mas busy dengan kerja2 bertimbun kat opis, tak ada la sangat. Hampir setiap hari ontime balik rumah. Tapi dalam minggu ni memang Mas kekurangan daya nak menghasilkan entry. hukhukhuk...batuk ayam jap. Entry lepas, mas buat entry bertajuk PARASIT. Lawak! Lawak! Banyak feedback secara lisan yang Mas terima melalui entry tersebut. Ah! Peduli apa! Mas pemilik blog ni. Cerita yang terdapat dalam blog ni memang benar, bukannya berbentuk fitnah. Sila kemukakan bukti fitnah sekiranya saya didapati melakukan kesalahan fitnah. Sekurang2nya Mas berjuang mempertahankan nasib diri ni secara berseorangan, bukannya melakukan umpatan di belakang. Ho!ho!ho! Tak mengaku tak apa.. Tapi Mas dah lali keadaan cam ni. Lantak la..Tak puas hati kan? Mas bukan jenis kaki gaduh. So, kalau nak tahu detail apa sebenarnya yg bersarang dalam pala otak Mas, rajin2kan la diri surfing blog Mas. Mana la tau, terselit kisah korang kan. Bukankah anda salah seorang yang mempunyai sikap suka interframe? ehheheheh.....Oh! Mas. > > Terima kasih kepada yang sudi melawat blog ni. Mas sedang ingin mempertingkatkan daya hendak menjadikan blog ni kepada sesuatu yang lebih bersifat berkongsi maklumat, idea dan ideologi. Kepada sesiapa korang yang mempunyai tingkat minda yang tertutup, sila abaikan blog ini. Mas tak cakap Mas ni cukup bagus dalam tingkat minda ni, tapi Mas baru tersedar Mas dikelilingi oleh manusia-manusia yang masih ego untuk menerima sebarang perubahan. Tak paksa nak terima, tapi jangan bersikap bodoh sombong dengan orang lain. > > Sebenarnya minggu lepas, Mas baru saja menamatkan Perang Saraf dengan seseorang. Mas dah cakap, Mas bukan kaki gaduh, tetapi 'environment' Mas sekarang ni telah memaksa Mas menjadi seorang yang "sebegitu" rupa. Uiseh! Jangan salahkan keadaan, tapi Mas salahkan diri sendiri sebab dengan rela hati melibatkan diri dalam dunia korang yang 'sesak' tu. Aiseh! Macam dalam dunia Yakjuj dan Makjuj sj. He he he (gelak tiga patah sj, jangan lebih). Berbalik kepada Perang Saraf yang Mas katakan td tu, Mas telah diserang bertalu-talu dengan kata-kata yang berbaur hinaan. Mas bersabar, tetapi akhirnya Mas akur dengan kemarahan terpendam Mas. Mas sendiri telah mengikut arus yang salah itu. Sorila, there is no turning back. Sekurang2nya Mas bertanggungjawab dengan benda-benda yang Mas cakap. Bukannya tak mengaku bila berdepan dengan situasi sebenar. Sakit sebenarnya. Pelik sangatke Mas ni? Setakat memerap dalam bilik, ambil gambar2 yang mengikut ideologi Mas seperti di dalam http://masnonipics.fotopages.com, salahka Mas buat benda2 cam tu? Memerap dalam bilik tidak semestinya otak Mas ni terperap juga, apatah lagi Mas dah pasang line internet. Maklumat berada di hujung klik mouse Mas. Lagipun Mas bukan jenis 'merayap' ke dari bilik ke bilik menjaja cerita. Hohoho! Bodoh! Nak kata Mas ni pelik, kata la. Sekurang2nya cara kehidupan Mas ni, tidak dipandang songsang oleh orang lain. Kehidupan yang Songsang? Apa yang anda fikir tentang tentang ayat tu? Makan cili takan rasa manis pulak kan. So, jangan nak menghina orang lain, kalau diri sendiri tu tak betul. > > Entry blog ni terganggu seketika. Tadi kawan baik Mas datang ke rumah. Kena la layan dia sekejap kan. Mas rasa sekarang ni happy sangat. Berbaik semula dengan kawan Mas, mendapat 'perasaan' baru...etc...Tak tau la budak rumah ni kata, Kak Mas ni sejak akhir2 ni lain macam je happy. Mungkin? Takan nak nafikan perkara tu kan. Entahla. Tiba2 Mas rasa happy dengan kadar hubungan Mas dengan manusia lain. Alhamdullillah. Mas akui, Mas dilamun cinta. > > oh! Mas. Tak habis-habis kamu ni dilamun cinta. Abis? Salahka perasaan aku tu. Tak adala salah, tapi tak takut kecewa? Kecewa tu norma kehidupan manusia, lambat laun kena hadapi juga kan. Kalau dah tak ada jodoh, takan nak merayu melutut pulak kan. Biarlah perasaan itu pergi. Betul ni? Betul. Tapi dengan dia ni, aku tak letak apa2 harapan. Sebab dulu, aku dah pernah buat tentang ini. Apa yang aku harap, semoga ini hubungan istimewa terakhir buat aku. Macam frust saja? Pala otak. Dah duduk diam2 kat dalam badan aku ni. Jangan sewel. hehehehe> > > Ada orang bertanya, siapa Wan ni? Mas tak bleh nak kata apa. Dia seorang yang terlalu biasa. Dan Mas selesa dengannya. Hehehehe...Malu la pula kalau dia terbaca entry ni. hai! Mas! Mas....okla...nak tido dulu. Esok hari terakhir bekerja. Rasa best pulak. Ahad pula cuti. Ala kalau cuti pun, mestila tido gaya bebas sepanjang hari. Esoknya dah kerja balik. Tapi sabtu minggu depan, adalah hari cuti kat kilang. hohohoho, sebenarnya Mas bekerja 6 hari seminggu. Penat wohhh! Tapi apa nak buat. Cari rezeki kan. Terima kasih pada Tuhan, pada nikmat2 yang Mas lalui ni. Hidup ini indah sebenarnya (bukan motif orang dilamun cinta eh)...hehehehe... |
Friday, April 6, 2007
oh ! Mas !
Posted by
:: masze-san ::
at
11:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Ha!..ha!..ha! Lawak la entry Puteri ni. Mcm rojak tapi itu identiti tersendiri.
Hai, mcm yg saya katakan Jumaat lepas, penat la saya nak followup blog you ni.
Post a Comment